LAPORAN MEI
TARIKH |
: 24 MEI 2019 |
MASA |
: 8.00 PAGI - 11.00 PAGI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PPKI (4 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kesedaran keselamatan penggunaan internet para peserta. Mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta serta menambah keahlian yang sedia ada. Menguji pemahaman para peserta dalam menggunakan dashboard komuniti. Mempelajari cara posting pengumuman ke dalam My Shop. Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta PPKI dalam penggunaan Microsoft Office Publisher. Peserta mempelajari cara membuat kad hari guru dengan menggunakan template design yang sedia ada di dalam publisher. Peserta mempelajari cara mengubah tulisan serta memasukkan imej ke dalam kad hari guru. Seterusnya, peserta dapat meningkatkan pengetahuan multimedia dalam memasukkan imej dari google. Menarik minat peserta untuk mengikuti aktiviti dan kelas yang dianjurkan PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkenaan Dashboard Komuniti iaitu My Komuniti. Peserta mendengar penerangan daripada petugas dan dibimbing membuka laman web dashboard komuniti serta posting pengumuman ke dalam My Komuniti. Seterusnya peserta mengikut arahan daripada petugas dan memahami maklumat yang disalurkan kepada para peserta. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Seterusnya, petugas menyediakan slaid pembentangan berkenaan Modul Microsoft Office Publisher. Peserta melihat cara penggunaan publisher langkah demi langkah sebelum membuat kad. Petugas turut sama membuat kad hari guru dan diikuti peserta. Sekiranya kurang faham, petugas akan membantu peserta sehingga mereka faham. Petugas mengajar peserta membuat kad hari guru menggunakan template design yang sedia ada bagi memudahkan para peserta.