LAPORAN JUN
TARIKH |
: 17 JUN 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta serta menambah keahlian yang sedia ada. Menguji pemahaman para peserta dalam menggunakan dashboard komuniti. Mempelajari cara posting pengumuman ke dalam My Komuniti. Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat peserta untuk mengikuti aktiviti dan kelas yang dianjurkan PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkenaan Dashboard Komuniti iaitu My Komuniti. Peserta mendengar penerangan daripada petugas dan dibimbing membuka laman web dashboard komuniti serta posting pengumuman ke dalam My Komuniti. Seterusnya peserta mengikut arahan daripada petugas dan memahami maklumat yang disalurkan kepada para peserta. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.