LAPORAN JUN

TARIKH

: 20 JUN 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (7 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam Keusahawanan dan Microsoft Office Publisher. Peserta mempelajari cara membuat kad hari guru dengan menggunakan template design yang sedia ada di dalam publisher. Peserta mempelajari cara mengubah tulisan serta memasukkan imej ke dalam kad hari guru. Meningkatkan pengetahuan multimedia dalam memasukkan imej dari google. Menarik minat peserta untuk mengikuti aktiviti dan kelas yang dianjurkan PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Petugas memulakan kelas dengan sesi penerangan kepada peserta berkenaan asas keusahawanan serta cara-cara menjadi usahawan yang berjaya. Seterusnya, petugas menyediakan slaid pembentangan berkenaan Modul Microsoft Office Publisher. Peserta melihat cara penggunaan publisher langkah demi langkah sebelum membuat kad. Petugas turut sama membuat kad hari guru dan diikuti peserta. Petugas mengajar peserta membuat kad hari guru menggunakan template design yang sedia ada bagi memudahkan para peserta. 

 

GAMBAR DI SINI