LAPORAN JANUARI

TARIKH

: 9 JANUARI 2023

MASA

: 2.00 PETANG - 4.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

 

Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam permainan pendidikan iaitu Jigsaw Puzzle Online. Peserta diuji kemahiran menyelesaikan masalah dimana mereka perlu mencantum kepingan puzzle menjadi satu imej yang lengkap. Menguji kecekapan dan kepantasan para peserta.

 

Aktiviti

 

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara bermain puzzle menggunakan link jigsaw puzzle yang diberitahu oleh petugas. Para peserta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta memulakan aktiviti tersebut secara individu. 

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 19 DISEMBER 2022

MASA

: 9.30 PAGI - 11.30 PAGI

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

Menguji pengetahuan am para peserta tentang perkakasan dan kompone yang terdapat dalam komputer. Menambah pengetahuan ICT para peserta sekaligus menarik minat beserta untuk mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Gedong. Menambah keahlian sedia ada PEDi Gedong. Menggunakan masa cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta yang mengikuti kelas. Peserta diminta membuka laman web kuiz online. Seterusnya, petugas akan meminta para peserta menjawab soalan yang disediakan mengikut masa yang ditetapkan. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan menguji minda para peserta tentang pengetahuan ICT.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN DISEMBER

TARIKH

: 13 DISEMBER 2022

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya. 

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Surat Rasmi mengikut buku modul pembelajaran yang diberi. 

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 13 DISEMBER 2022

MASA

: 10.00 PAGI - 11.30 PAGI

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

Menguji pengetahuan am para peserta serta ketangkasan peserta menjawab soalan yang diberikan mengikut masa yang diberikan contohnya menjawab satu soalan dalam masa 10 saat sahaja. Peserta yang paling cepat menjawab dengan betul akan mendapat tempat pertama. Menguji kemahiran berfikir para peserta.

 

Aktiviti

Petugas menyediakan soalan kuiz kahoot secara online kepada peserta yang mengikuti kelas. Peserta diminta membuka laman web kahoot. Seterusnya, petugas akan memberikan number code untuk para peserta akses soalan kahoot. Peserta memulakan kuiz apabila semua sudah log masuk. Menarik minat peserta berkunjung ke PEDi Gedong.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 12 DISEMBER 2022

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

 

Memberi pendedahan tentang asas Microsoft Office Word dan mempelajari komponen dalam perisian tersebut. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Para peserta dapat menguasai cara menggunakan papan kekunci dan dapat menaip artikel mengikut format yang betul. Meningkatkan pengetahuan dalam ICT tentang faedah penggunaan komputer.

 

 

Aktiviti

 

Petugas menyediakan modul dan memberi penerangan tentang Microsoft Office Word serta sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta diuji secara individu menaip dengan latihan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Hasil kerja yang telah siap akan dinilai oleh petugas PEDi Gedong.

 

GAMBAR DI SINI