LAPORAN OKTOBER

TARIKH

: SEPANJANG OKTOBER 2022

MASA

: 8.00 PAGI - 5.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: KOMUNITI GEDONG

 

Tujuan

1. LATIHAN KEUSAHAWANAN: BENGKEL USAHAWAN (ASAS PERNIAGAAN, COPY WRITING DAN YOUTUBE) – 01/10/2022

Memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang kemahiran usahawan. Memberi peluang kepada para usahawan untuk mempromosikan produk-produk mereka kepada komuniti tempatan. Memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang kemahiran usahawan

 

2. E-PEMBELAJARAN: KUIZ KAHOOT

Memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang permainan Pendidikan Kahoot yang menguji minda. Meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dan ketangkasan menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan.

 

3. WEBSITE: PENGENALAN SPA.GOV.MY

Memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang website pencarian kerja bagi peserta lepasan SPM. Memberikan peluang kepada peserta menrokai dunia pekerjaan yang baru, mempelajari cra menggunakan e-recruitment secara online.

 

4. PENGENALAN E-SERVIS, PEDI KG GEDONG DAN RAKAN DIGITAL

Mempromosi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang Baru, mengukuhkan Hubungan Komuniti, Agensi Awam dan Swasta, serta Usahawan dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) supaya berterusan. Memberi makluman dan Promosi Perkhidmatan baru dan akan datang.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas perkakasan komputer serta fungsinya. untuk pengetahuan peserta. Mendedahkan peserta mengenai komputer. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Memberi pendedahan penggunaan Internet dan Komputer dengan baik kepada warga emas serta belia .

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN SEPTEMBER

TARIKH

: 20 SEPTEMBER 2022

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: USAHAWAN GEDONG

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas keusahawanan. Dengan mempelajari tentang keusahawanan sekaligus dapat menarik minat peserta untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Peserta dapat mempelajari asas Shopee, cara membuka akaun Shopee dan belajar cara menggunakan akaun Shopee tersebut.

 

Aktiviti

Para peserta mempelajari asas keusahawanan dan diberi tunjuk ajar cara menggunakan Shopee. Modul Shopee dan video penerangan disediakan oleh petugas bagi rujukan para peserta. Peserta dipandu cara menggunakan Shopee mengikut video yang ditunjukkan oleh petugas dan peserta diminta membuka akaun shopee secara individu. Soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN SEPTEMBER

TARIKH

: 14 SEPTEMBER 2022

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PETUGAS PEDi dan RD

 

Tujuan

Mempromosikan PEDI Kg Gedong dan menambah keahliaan sedia ada PEDi Gedong. Membantu komuniti setempat dengan menyediakan perkhidmatan e-service kepada komuniti. 

 

Aktiviti

14 September 2022 - Program terbaru kolaborasi antara MCMC & SSMU untuk pelaksanaan Service Sarawak kepada komuniti setempat dikawasan luar bandar dengan kerjasama PEDi bawah naungan TM yang terpilih bagi iaitu Pedi Kg Gedong, Serian Sarawak. Antara servis yang ditawarkan adalah: Council Services, Utilities, Business & Trade, License & Permit, Life Event, Social & Community, Land, Education & Learning.

 

GAMBAR DI SINI


 

LAPORAN SEPTEMBER

TARIKH

: 26 & 27 SEPTEMBER 2022

MASA

: 9.00 PAGI -11.00 PAGI

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PPKI GEDONG

 

Tujuan

 

Memberi pendedahan tentang asas Microsoft Office Word dan mempelajari komponen dalam perisian tersebut. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Para peserta dapat menguasai cara menggunakan papan kekunci dan dapat menaip artikel mengikut format yang betul. Meningkatkan pengetahuan dalam ICT tentang faedah penggunaan komputer. 

 

 

Aktiviti

 

Petugas menyediakan modul dan memberi penerangan tentang Microsoft Office Word serta sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta dapat meningkatkan pemikiran positif tentang internet yang dapat digunakan sebagai medium pembelajaran.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN OGOS

TARIKH

: 19 OGOS 2022

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: USAHAWAN (4 ORANG)

 

Tujuan

Memberi pendedahan tentang asas pembangunan web. Meningkatkan tahap penguasaan & pendedahan computer. Mempromosikan aktiviti di PEDi Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PEDi Kampung Gedong. 

 

Aktiviti

Memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang kemahiran usahawan. Memberi peluang kepada para usahawan untuk mempromosikan produk-produk mereka kepada komuniti tempatan.

 

GAMBAR DI SINI