LAPORAN OGOS

TARIKH

: 26-28 OGOS 2022

MASA

: 9.00 PAGI - 5.00 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: KOMUNITI GEDONG

 

Tujuan

Memberi pendedahan tentang asas pembangunan web. Meningkatkan tahap penguasaan & pendedahan computer. Mempromosikan aktiviti di PEDi Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta. Memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang kemahiran usahawan. Pendedahan mengenai Youtuber dalam kalangan belia untuk menjadikan Youtube sebagai sumber pendapatan. Membimbing belia untuk menjadi content creator di youtube. Menambah ahli baharu PEDi & menarik minat belia dalam platform digital (youtube)

 

Aktiviti

Bengkel Videografi YouTube sempena Program Komuniti@FINAS (KOFI) Sarawak Anjuran FINAS dengan Kerjasama Cahaya Educational And Training Academy (CETA) yang telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Kg. Gedong yang telah dirasmikan oleh YM Raja Khairul Azman Bin Raja Abdul Karim, Pengarah Pembangunan Industri FINAS. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada belia-belia dari Daerah Gedong, Sarawak telah menghadiri bengkel ini yang telah diadakan selama 3 hari mulai 26 - 28 Ogos 2022. Turut hadir Pengarah FINAS Borneo, Encik Mohamad Rizal Bin Mohamed Yunus, Ketua Penolong Pengarah FINAS Sarawak, Encik Maffizan Bin Saupie, Ketua Cawangan Pelesenan dan Penguatkuasa Sarawak, Encik Zulkurnanin Bin Hassan, Pengarah Cahaya Educational & Training Academi (CETA), Encik Sazali Bin Abdul Rahman dan pegawai-pegawai FINAS.

 LAPORAN OGOS

TARIKH

: 12 OGOS 2022

MASA

: 10.00 PAGI - 11.00 PAGI

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH SMK GEDONG

LAPORAN JULAI

TARIKH

: 15 JULAI 2022

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: USAHAWAN (27 ORANG)

 

Tujuan

 

Peserta diperkenalkan dengan laman web Agrobazaar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan mereka terutama dalam perniagaan secara atas talian menggunakan platform perniagaan tersebut. Memberi tujuk ajar kepada para usahawan bagaimana berjual di platform tersebut dengan lebih mudah dan efektif.

 

 

Aktiviti

 

Para peserta mendengar penerangan daripada pihak FAMA dan mereka turut menyediakan modul pembelajaran tentang Agrobazar Online kepada para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut berlangsung. Peserta dipandu cara membuka akaun Agrobazaar secara online dan mempelajari cara upload produk ke dalam platform Agrobazaar.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 29 JULAI 2022

MASA

: 2 PETANG - 4 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: KOMUNITI GEDONG (2 ORANG)

 

Tujuan

Mendedahkan komuniti tentang program dan kelas yang disediakan di PEDi Kampung Gedong. Melahirkan komuniti setempat yang celik IT dan usahawan yang berjaya. Mengajak komuniti setempat berkecimpung dalam bidang perniagaan. Menambah kemahiran keusahawanan para peserta sekaligus meningkatkan kreativiti para peserta. Kelas Asas Keusahawanan diajar kepada peserta. Menggunakan modul keusahawanan yang disediakan oleh petugas PEDi Gedong.

 

Aktiviti

Mengajar peserta asas perniagaan. Mengajar menggunakan berniaga secara atas talian menggunakan smartphone dan website. Mengajar upload produk ke dalam website. Peserta diterangkan asas keusahawanan. Mempelajari cara membuang latar belakang imej. Mempelajari suntingan imej produk. Peserta diperkenalkan dengan Canva. Belajar membuat stiker produk dan membuat logo perniagaan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN JULAI

TARIKH

: 17 JULAI 2022

MASA

: 9.00 PAGI - 11.00 PAGI

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ICT para peserta mewarna secara online menggunakan software yang sedia ada. Para peserta mempelajari taktik membuat pemilihan warna yang sesuai berdasarkan objek yang diberikan. Peserta mewarna menggunakan brush sedia ada. Peserta mempelajari cara mewarna objek dengan kemas dan warna tidak bercampur dengan objek yang lain. Meningkatkan daya kreativiti para peserta.

 

Aktiviti

 

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara mewarna online menggunakan link coloringpages4u.com. Para peserta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta memulakan aktiviti mewarna secara individu. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI