Tujuan

 

Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam permainan pendidikan iaitu Jigsaw Puzzle Online. Peserta diuji kemahiran menyelesaikan masalah dimana mereka perlu mencantum kepingan puzzle menjadi satu imej yang lengkap. Menguji kecekapan dan kepantasan para peserta.

 

Aktiviti

 

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara bermain puzzle menggunakan link jigsaw puzzle yang diberitahu oleh petugas. Para peserta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta memulakan aktiviti tersebut secara individu. 

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN JULAI

TARIKH

: 5 JULAI 2022

MASA

: 9.00 PAGI - 11.00 PAGI

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH PPKI (5 ORANG)

 

Tujuan

Menambah pengetahuan peserta dalam penggunaan komputer terutamanya dalam menggunakan Microsoft Word. Peserta mempelajari cara menggunakan aplikasi Microsoft Word. Menguji kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word. Menambah pengetahuan keusahawanan dan Celik ICT para peserta. Meningkatkan kemahiran menaip dan penggunaan papan kekunci. Peserta menjadi lebih pandai dan bijak menggunakan komputer.

 

Aktiviti

Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word. Peserta dipandu cara menggunakan aplikasi Microsoft Office dan diajar cara menukar tulisan, saiz tulisan. Peserta membuat kerja mengikut modul pembelajaran yang disediakan. Meningkatkan kemahiran komputer dan mengisi masa lapang para peserta dengan perkara yang berfaedah. Menambah ilmu pengetahuan ICT peserta.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN JUN

TARIKH

: 4 DAN 5 JUN 2022

MASA

: 2.30 PETANG - 4.30 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH 

 

Tujuan

Kelas ICT pada kali ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran tentang Microsoft Office Power Point khususnya para pelajar. Asas kemahiran yang diperkenalkan ini dapat diterapkan dalam penggunaan komputer pada masa kini. Membantu para pelajar menguasai dengan lebih baik penggunaan Microsoft Office Power Point dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas penggunaan MS Office Power Point secara mendalam dan terperinci. Mempelajari cara membuat transitions, design dan animation untuk slaid.

 

Aktiviti

Para peserta diajar mengenai asas pengenalan Microsoft Office Power Point secara teori dan praktikal. Secara teori, Para peserta telah di ajar mengenai setiap komponen-komponen yang terdapat dalam MS Power Point dan mereka perlu memahami setiap komponen dan fungsi tersebut. Para pelajar juga dapat menerokai setiap penggunaan di dalam Microsoft Office Power Point. Seterusnya, secara paraktikal, para pelajar diajar cara-cara membuat slaid pembentangan. Petugas memberi arahan dan bimbingan kepada peserta membuat slaid supaya nampak lebih menarik. 

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN JUN

TARIKH

: 10 JUN 2022

MASA

: 2.30 PETANG - 4.30 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH 

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan dan mempelajari cara membuat beg kertas atau kotak penyimpanan mengikut panduan youtube. Meningkatkan pengetahuan para peserta dalam penggunaan laman web youtube sekaligus meningkatkan kemahiran para peserta dalam keusahawanan.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Web iaitu Youtube kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari kemahiran keusahawanan membuat beg kerta atau kotak penyimpanan secara individu mengikut kreativiti masing-masing.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 6,10, 24 MEI 2022

MASA

: 2 PETANG - 4 PETANG

LOKASI

: PEDi KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: KOMUNITI GEDONG

 

Tujuan

Mendedahkan komuniti tentang program dan kelas yang disediakan di PEDi Kampung Gedong. Melahirkan komuniti setempat yang celik IT dan usahawan yang berjaya. Mengajak komuniti setempat berkecimpung dalam bidang perniagaan. Menambah kemahiran keusahawanan para peserta sekaligus meningkatkan kreativiti para peserta. Kelas Asas Keusahawanan diajar kepada peserta. Kelas pengenalan asas computer dan perkakasan computer. Kelas keusahawanan kepada para usahawan. Mempelajari cara mempromosi produk tempatan. Menggunakan laman web Photo editor, Facebook dan Whatsapp Business. Menggunakan modul keusahawanan yang disediakan oleh petugas PEDi Gedong.

 

Aktiviti

1) Latihan Keusahawanan: Perniagaan melalui platform media sosial

Mengajar peserta asas perniagaan. Mengajar menggunakan berniaga secara atas talian menggunakan smartphone dan website. Mengajar upload produk ke dalam website.

2) Latihan Keusahawanan: Editing Gambar Produk

Peserta diterangkan asas keusahawanan. Mempelajari cara membuang latar belakang imej. Mempelajari suntingan imej produk.

3) Latihan Keusahawanan: Excel-Pengiraan Kos Produk

Peserta diperkenalkan dengan Microsoft Office Excel. Mengenali komponen dan perisian excel. Mempelajari cara menggunakan MS Excel. Membuat Jadual dan Pengiraan Kos.

 

GAMBAR DI SINI