LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 5 DISEMBER 2021 |
MASA |
: 2 PETANG - 5 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (5 ORANG) |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Surat Rasmi mengikut modul pembelajaran yang telah disediakan.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 6 NOVEMBER 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 3.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEK RENDAH (3 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan peserta dan menambah kemahiran peserta dalam mempelajari Bahasa Mandarin. Menarik minat para peserta untuk berkunjung ke PIK Kampung Gedong dan mengikuti Kelas Tuisyen secara atas talian. Peserta dapat mempraktikkan diri belajar secara Zoom dan lebih mudah faham dengan adanya tunjuk ajar daripada Cikgu yang bertauliah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta.
Aktiviti
Para peserta diberi modul Kelas Mandarin dan diajar asas Mandarin. Sesi soal jawab antara peserta dan Cikgu turut berlangsung secara atas talian. Para peserta dipandu cara menyebut setiap perkataan dan sebutan yang betul dalam bahasa Mandarin. Kelas ini amat menyeronokkan dan membolehkan para peserta lebih mudah faham dan belajar dengan seronok. Sesi pembelajaran secara atas talian banyak memberi manfaat kepada para peserta.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 23 OKTOBER 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 3.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (1 ORANG) |
Tujuan
Pendidikan alaf baru, bukan perkara baru, cuma diperkasakan dengan datangnya norma baharu. Sehubungan dengan itu Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Mendedahkan kepentingan aplikasi Zoom untuk kegunaan masa hadapan, pengenalan kepada kegunaan Zoom kepada pelajar dan mengajar pelajar secara asas menggunakan aplikasi Zoom. Mempelajari pendidikan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan aplikasi Zoom. Peserta dipandu cara menggunakan aplikasi tersebut dan diajar cara menggunakannya. Petugas membantu peserta dalam menggunakan aplikasi tersebut untuk belajar secara atas talian bersama guru yang telah dipilih khas untuk mengajar para peserta E-tuisyen. Peserta dapat menambah pengetahuan ICT sekaligus menjadi mahir dalam menggunakan aplikasi pembelajaran menggunakan Zoom.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 7 NOVEMBER 2021 |
MASA |
: 9.30 PAGI - 10.30 PAGI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEK MENENGAH (2 ORANG) |
Tujuan
Pusat Internet Komuniti juga bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen online dengan harga yang berpatutan. Mendedahkan kepentingan aplikasi Zoom untuk kegunaan masa hadapan, pengenalan kepada kegunaan Zoom kepada pelajar dan mengajar pelajar secara asas menggunakan aplikasi Zoom. Mempelajari pendidikan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan aplikasi Zoom. Peserta dipandu cara menggunakan aplikasi tersebut dan diajar cara menggunakannya. Peserta dapat menambah pengetahuan ICT sekaligus menjadi mahir dalam menggunakan aplikasi pembelajaran menggunakan Zoom. Meningkatkan pengetahuan dalam bidang pembelajaran yang ketinggalan di sekolah ketika pandemik.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 22 OKTOBER 2021 |
MASA |
: 2.30 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: GOOGLE MEET |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (6 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas komputer. Selain itu, para peserta diajar cara mengenali komponen computer, perisian computer, mengetahui cara penjagaan computer yang betul dan menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Para peserta mempelajari cara menggunakan software Microsoft Word.
Aktiviti
Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Peserta mengikuti bengkel yang telah disediakan oleh petugas. Akhir sekali, sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut dijalankan di akhir bengkel.