LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 3 OGOS 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PDK GEDONG (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas Multimedia dan diperkenalkan dengan video editor. Meningkatkan pengetahuan peserta dalam pembikinan video. Peserta mempelajari cara memasukkan gambar dan audio ke dalam video serta visual yang sesuai untk video tersebut.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Multimedia kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara membuat video oleh Petugas PI Gedong.
LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 2 OGOS 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: TABIKA (9 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas pembangunan laman web dan mempelajari cara membuka video di youtube. Meningkatkan pengetahuan KBKK para peserta dalam melakukan pencarian video di laman youtube yang sesuai untuk pembelajaran di luar sekolah.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan web kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta mempelajari ABC di laman youtube. Peserta menyanyi sambil menari mengikut gerakan di dalam video tersebut.
LAPORAN JULAI
TARIKH |
: 27 JULAI 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (25 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari tentang dashboard komuniti (My Health). Selain itu, meningkatkan pengetahuan peserta dalam ICT dan meningkatkan kemahiran berfikir para peserta. Menambah pengetahuan para peserta dalam mengendalikan kewangan dan menjadi pengguna yang bijak.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan penerangan tentang KDB (penipuan kewangan). Peserta dipandu cara mengurus kewangan serta membuat perancangan kewangan untuk masa depan.
LAPORAN JULAI
TARIKH |
: 28 JULAI 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (20 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari tentang dashboard komuniti (My Skool). Selain itu, meningkatkan pengetahuan peserta dalam ICT dan meningkatkan kemahiran berfikir para peserta. Menambah pengetahuan para peserta dalam penggunaan internet dan menjadi pengguna internet yang berhemah.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan penerangan tentang KDB (Aduan & Maklumat Palsu). Peserta mempelajari cara membuat aduan kepada pihak berwajib sekiranya terdapat jenayah siber yang berlaku.
LAPORAN JULAI
TARIKH |
: 26 JULAI 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (10 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya berwaspada ketika berkongsi sesuatu maklumat. Tidak semua perkara perlu dikongsi jika tidak pasti kesasihan maklumat tersebut.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Tidak Pasti Jangan Kongsi. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan berhemah dan memastikan maklumat yang diterima adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.