TARIKH

: 3 JULAI 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: SEK MENENGAH (7 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Microsoft Office Excel. Peserta mempelajari cara membuat pengiraan jualan/stok mengikut panduan yang diberikan oleh petugas. Mengenali asas Microsoft Excel serta fungsinya. Peserta turut mempelajari cara membuat sticker sendiri secara atas talian.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Microsoft Office Excel kepada peserta. Selain itu, peserta diperkenalkan software membuat sticker dan cara membuat sticker.

 

 GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 2 JULAI 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Microsoft Office Word. Peserta mempelajari cara membuat risalah mengikut format yang betul. Mempelajari cara menukar tulisan, saiz tulisan, drop cap serta memasukkan imej. Peserta turut mempelajari cara penggunaan dashboard komuniti iaitu My Komuniti.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Microsoft Office Word kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat posting dalam My Komuniti.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN JUN

TARIKH

: 26 JUN 2019

MASA

: 9.OO PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA & WANITA (10 ORANG)

 

Tujuan

Mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta, memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI Kampung Gedong. Memberikan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang kemahiran usahawan yang ada pada seseorang usahawan. Memberi peluang kepada para belia dan wanita mempelajari cara pembuatan kek melalui panduan youtube. Meningkatkan kemahiran keusahawanan para peserta program.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas keusahawanan serta kemahiran keusahawanan untuk menambah pengetahuan peserta. Peserta diperkenalkan dengan Klik Dengan Bijak (KDB), bagaimana menggunakan internet sebagai medium pembelajaran dan mendapatkan maklumat. Peserta membuat kek mengikut tutorial di Youtube. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 1 JULAI 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan software paint. Peserta mempelajari cara mengedit gambar objek dan melukis pada objek yang sedia ada supaya tampak lebih menarik dan kreatif. Peserta turut mempelajari cara penggunaan dashboard komuniti iaitu My Komuniti.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan digital painting kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat posting dalam My Komuniti.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 25 JUN 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PDK GEDONG (10 ORANG)

 

Tujuan

Kelas ICT pada kali ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran tentang Microsoft Office Power Point khususnya para pelajar. Asas kemahiran yang diperkenalkan ini dapat diterapkan dalam penggunaan komputer pada masa kini. Membantu para pelajar menguasai dengan lebih baik penggunaan Microsoft Office Power Point dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas penggunaan MS Office Power Point secara mendalam dan terperinci sekaligus dapat membimbing dan membantu mereka sehingga mahir. 

 

Aktiviti

Para peserta diajar mengenai asas pengenalan Microsoft Office Power Point secara teori dan praktikal. Secara teori, Para peserta telah di ajar mengenai setiap komponen-komponen yang terdapat dalam MS Power Point dan mereka perlu memahami setiap komponen dan fungsi tersebut. Para pelajar juga dapat menerokai setiap penggunaan di dalam Microsoft Office Power Point. Seterusnya, secara paraktikal, para pelajar diajar cara-cara membuat slaid pembentangan berkenaan diri mereka. Petugas memberi arahan dan bimbingan kepada peserta membuat slaid supaya nampak lebih menarik. 

 

GAMBAR DI SINI