LAPORAN JUN

 

TARIKH

: 24 JUN 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA & WANITA (8 ORANG)

 

Tujuan

 

Mempertingkatkan kemahiran penggunaan internet dan mengenali perkakasan komputer. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam permainan jigsaw puzzle secara online. Membentuk pelajar agar lebih berdaya saing dengan kepantasan menyelesaikan jigsaw puzzle mengikut masa yang ditetapkan. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet dengan aktiviti berfaedah. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. 

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer dan mengenali komponen yang terdapat dalam komputer. Peserta diberi penerangan bagaimana membuka laman web permainan pendidikan menggunakan link yang disediakan oleh petugas.  Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Peserta memulakan permainan jigsaw puzzle secara online mengikuti gambar yang telah disediakan sebagai rujukan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN JUN

 

TARIKH

: 23 JUN 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: TERBUKA (75 ORANG)

 

Tujuan

 

Untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti Kg Gedong. Menambah bilangan ahli Pusat Internet. Selain itu, dapat meningkatkan kerjasama dengan penduduk Kampung Gedong dalam melaksanakan program dan memberi peluang pada komuniti untuk bersama keluarga memanfaatkan hujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah anjuran PI Kampung Gedong. Mempromosikan PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

 

Petugas mengadakan Jamuan Ramah Tamah Aidilfitri bersama Komuniti Kampung Gedong bagi mengeratkan silaturrahim di antara Petugas PI Gedong dengan komuniti Kampung Gedong. Selain itu, petugas turut mengadakan cabutan bertuah kepada ahli PI yang menghadiri Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Gedong. Pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN JUN

 

TARIKH

: 22 JUN 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (13 ORANG)

 

Tujuan

 

Mempertingkatkan kemahiran penggunaan internet dan mengenali perkakasan komputer. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam menaip pantas secara online. Membentuk pelajar agar lebih berdaya saing dengan kepantasan menaip mengikut masa yang ditetapkan. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. 

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer dan mengenali komponen yang terdapat dalam komputer. Peserta diberi penerangan bagaimana membuka laman web menaip pantas menggunakan link yang disediakan oleh petugas.  Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Peserta memulakan latihan menaip mengikut arahan daripada petugas.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN JUN

TARIKH

: 23 JUN 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: TERBUKA (75 ORANG)

 

Tujuan

Peserta diterangkan mengenai Klik Dengan Bijak. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Memberi kesedaran kepada pengguna tentang jenayah siber yang makin berleluasa dan menguji kemahiran berfikir para peserta dengan menjawab kuiz KDB yang telah disediakan oleh petugas.

 

Aktiviti

 

Petugas memulakan aktiviti dengan memperkenalkan KDB (Klik Dengan Bijak) kepada para peserta. Petugas memberi penerangan berkenaan KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM. Peserta mendengar penerangan daripada petugas PI Gedong. Sesi soal jawab turut diadakan sepanjang aktiviti. Petugas turut menyediakan soalan kuiz kepada para peserta untuk dijawab. Pelbagai hadiah menarik turut disediakan bagi peserta yang dapat menjawab soalan berkenaan KDB.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN JUN

 

TARIKH

: 21 JUN 2019

MASA

: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (9 ORANG)

 

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi menunjukkan cara atau kaedah untuk membuka perisian Microsoft Excel di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Excel. Peserta mempelajari komponen yang terdapat dalam Microsoft Excel, mempelajari cara mengisi data serta membuat Latihan berkenaan Microsoft Excel. Peserta mempelajari pengetahuan asas ICT menggunakan software Microsoft Excel.

 

Aktiviti

 

Petugas memberi penerangan berkaitan Microsoft Excel dengan menggunakan slaid pembentangan yang berkaitan Microsoft Excel. Seterusnya, peserta diterangkan fungsi Microsoft Excel. Peserta dipandu cara untuk menggunakan table, aligment, dan shading. Seterusnya, peserta diminta untuk membuat latihan Excel dengan menggunakan Graph Bar dan Pie Chart yang sedia ada. Petugas memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta. 

 

GAMBAR DI SINI