LAPORAN JUN

  

TARIKH

: 10 JUN 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (9 ORANG)

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam penggunaan dashboard komuniti (My Komuniti), mempelajari cara membuat posting pengumuman, mempelajari cara menyelesaikan soalan berkenaan ICT dengan menjawab soalan Crossword Puzzle secara online dan akhir sekali mempelajari cara mewarna secara online menggunakan software yang sedia ada.

 

Aktiviti

 

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara menggunakan dashboard komuniti, membuka link crossword puzzle online pro profs serta mewarna online menggunakan link coloringpages4u.com. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN MEI

 

TARIKH

: 25 MEI 2019

MASA

: 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

 

Peserta diterangkan mengenai Klik Dengan Bijak dan tayangan video KDB. Sesi soal jawab dengan petugas berkenaan video yang ditayangkan juga turut dijalankan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet diberikan oleh petugas kepada para peserta. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Mempelajari Microsoft Office publisher dan cara memasukkan gambar ke dalam kad.

 

Aktiviti

 

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Publisher di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Publisher. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Publisher. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Publisher dan bagaimana menghasilkan design kad yang menarik. Sesi soal jawab antara petugas turut diadakan.

 

Gambar Di Sini


 

 

LAPORAN MEI

TARIKH

: 23 MEI 2019

MASA

: 8.00 PAGI - 11.00 PAGI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: BELIA (5 ORANG)

 

Tujuan

 

Memberikan ilmu pengetahuan kepada perserta tentang kemahiran usahawan yang ada pada seseorang usahawan seperti upload produk ke dalam My Shop. Peserta diperkenalkan My Shop iaitu modul yang terdapat dalam Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara mempromosi produk secara atas talian. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong dan aktiviti yang diadakan di PI. Peserta diterangkan mengenai asas keusahawanan. Selain itu, peserta diperkenalkan salah satu modul dashboard komuniti yang lain iaitu My Soal dimana para peserta mempelajari cara menggunakan dashboard komuniti My Soal. Mereka dapat menghantar sebarang aduan mahupun cadangan kepada Pihak PBT. Sekiranya terdapat masalah atau isu di kampung, mereka boleh terus hubungi pihak PBT. Dashboard Komuniti dapat menarik minat peserta untuk pergi ke PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat usahawan perniagaan mengenai asas usahawan dan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Mengajar cara membuka laman dashboard komuniti serta diperkenlkan dengan modul My Shop dan My Soal. Petugas mendidik peserta untuk mematuhi dan menjadi penguna internet yang bijak serta mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Petugas membimbing para peserta mengisi mengisi maklumat yang lengkap sebelum upload produk ke daalm My Shop. Sebelum upload produk, peserta juga melihat video dashboard komuniti  dan mendengar penerangan daripada petugas. Ia bertujuan menambah pengetahuan peserta dan menjadi mahir menggunakan dashboard komuniti. Peserta juga dapat menghantar aduan dan cadangan kepada pihak PBT sekaligus dapat mempromosikan produk tempatan secara online. Ia sekaligus meningkatkan pendapatan para usahawan dan belia tempatan yang baru menceburi diri dalam bidang perniagaan.

 

Gambar Di Sini


 

 

LAPORAN MEI

TARIKH

: 24 MEI 2019

MASA

: 8.00 PAGI - 11.00 PAGI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PPKI (4 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kesedaran keselamatan penggunaan internet para peserta. Mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan kepada peserta serta menambah keahlian yang sedia ada. Menguji pemahaman para peserta dalam menggunakan dashboard komuniti. Mempelajari cara posting pengumuman ke dalam My Shop. Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta PPKI dalam penggunaan Microsoft Office Publisher. Peserta mempelajari cara membuat kad hari guru dengan menggunakan template design yang sedia ada di dalam publisher. Peserta mempelajari cara mengubah tulisan serta memasukkan imej ke dalam kad hari guru. Seterusnya, peserta dapat meningkatkan pengetahuan multimedia dalam memasukkan imej dari google. Menarik minat peserta untuk mengikuti aktiviti dan kelas yang dianjurkan PI Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan berkenaan Dashboard Komuniti iaitu My Komuniti. Peserta mendengar penerangan daripada petugas dan dibimbing membuka laman web dashboard komuniti serta posting pengumuman ke dalam My Komuniti. Seterusnya peserta mengikut arahan daripada petugas dan memahami maklumat yang disalurkan kepada para peserta. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Seterusnya, petugas menyediakan slaid pembentangan berkenaan Modul Microsoft Office Publisher. Peserta melihat cara penggunaan publisher langkah demi langkah sebelum membuat kad. Petugas turut sama membuat kad hari guru dan diikuti peserta. Sekiranya kurang faham, petugas akan membantu peserta sehingga mereka faham. Petugas mengajar peserta membuat kad hari guru menggunakan template design yang sedia ada bagi memudahkan para peserta. 

 

Gambar Di Sini


 

Tarikh

: 22 Mei 2019

Masa

: 8.00 pagi -11.00 pagi

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 4 orang

 

Tujuan

Kelas ICT pada kali ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran tentang Microsoft Office Power Point khususnya Pelajar PPKI/OKU. Asas kemahiran yang diperkenalkan ini dapat diterapkan dalam penggunaan komputer pada masa kini. Membantu para pelajar menguasai dengan lebih baik penggunaan Microsoft Office Power Point dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas penggunaan MS Office Power Point secara mendalam dan terperinci sekaligus dapat membimbing dan membantu mereka sehingga mahir. Memberi pengetahuan keselamatan internet kepada para peserta terutamanya kes yang berlaku baru-baru ini seorang remaja mengalami "depression" ataupun tekanan emosi sehingga dia meminta nasihat orang samada dia perlu hidup ataupun mati melalui undian. Ramai yang mengundi mati "die" sehingga dia membuat keputusan mengejutkan membunuh diri. Jadi, petugas menasihati peserta supaya berfikir dengan lebih rasional dan berhati-hati terutamanya menggunakan laman sosial. Berfikir secara bijak sebelum membuat sesuatu keputusan.

 

Aktiviti

Para peserta diajar mengenai asas pengenalan Microsoft Office Power Point secara teori dan praktikal. Secara teori, Para peserta telah di ajar mengenai setiap komponen-komponen yang terdapat dalam MS Power Point dan mereka perlu memahami setiap komponen dan fungsi tersebut. Para pelajar juga dapat menerokai setiap penggunaan di dalam Microsoft Office Power Point. Seterusnya, secara paraktikal, para pelajar diajar cara-cara membuat slaid pembentangan berkenaan diri mereka. Petugas memberi arahan dan bimbingan kepada peserta membuat slaid. Para peserta mempelajari bagaimana menukar tulisan, menukar saiz tulisan, memasukkan gambar yang diambil dari internet, menukar template design supaya nampak lebih menarik. Para peserta diberi penerangan KDB oleh Petugas PI Kampung Gedong tentang Instagram dan kesannya kepada seseorang individu sekiranya salah guna media sosial. Petugas menasihati peserta supaya tidak menerima pendapat daripada orang luar, sebaiknya berbincang dengan keluarga sekiranya ada masalah kerana dikhuatiri akan mencederakan diri sendiri.

 

Gambar Di Sini