Laporan April – Advokasi KDB (Buli Siber) & Microsoft Publisher (Calendar)
Tarikh |
: 23 April 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan
Menjalankan aktiviti seperti video showing berkaitan Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Membantu peserta mengelak diri daripada terjebak dengan jenayah buli siber. Mendidik peserta untuk menjadi penguna internet secara bijak. Memberi panduan keselamatan kepada peserta berkenaan gejala buli dan cara menghindari diri daripada menjadi mangsa buli. Peserta juga diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Publisher di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Publisher serta fungsi.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak dan peserta mendengar Ceramah KDB berkenaan (Cyberbullying). Sesi soal jawab antara peserta dan petugas. Pelbagai tips keselamatan diberikan kepada peserta. Selepas itu, peserta membuat aktiviti latihan Microsoft Publisher, mebuat calendar tahunan. Peserta diterangkan fungsi yang terdapat dalam Microsoft Publisher. Peserta dipandu cara untuk menggunakan font, memasukkan gambar dan design calendar supaya lebih kemas dan menarik. Peserta memasukkan maklumat atau aktiviti tahunan yang dirancang ke dalam calendar.
Laporan April – Dashboard (My Soal), Pengenalan Web (Youtube) & Movie Day
Tarikh |
: 22 April 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan dashboard komuniti (My Soal) dan memberi tunjuk ajar bagaimana cara membuat aduan atau bertanyakan soalan kepada pihak PBT. Selain itu, tujuan kelas diadakan adalah bagi menarik minat para peserta untuk berkunjung ke PI Kampung Gedong serta mengikuti aktiviti dan kelas yang akan diajurkan oleh PI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan ICT para peserta terutamanya para peserta daripada golongan istimewa. Menambah keyakinan dan kemahiran para peserta dalam menggunakan peralatan teknologi seperti computer. Mengisi masa peserta dengan perkara yang berfaedah dan menambah pengetahuan peserta mengenai asas teknologi maklumat dan komunikasi.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan Dashboard Komuniti. Petugas memberi penerangan berkenaan My Soal serta fungsinya. Selain itu, peserta juga diajar menggunakan dashboard komuniti (My Soal) dan diberi penerangan mengenai aduan dan cadangan kepada Pihak PBT. Peserta dibimbing oleh petugas PI serta guru yang mengiringi para peserta yang mengikuti kelas. Para peserta diperkenalkan dengan laman web youtube dan pencarian video daripada youtube. Akhir sekali, aktiviti sampingan para peserta ialah menonton tayangan video secara percuma bagi menarik minat para peserta PPKI.
Laporan April – Dashboard Komuniti (Posting Pengumuman Dalam My Komuniti), E-Learning (Mewarna Online & Kuiz Online)
Tarikh |
: 16 April 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar ahli PI Kg Gedong. Program e-learning ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar dengan lebih mencabar dan efektif secara online. Program e-learning ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini. Disamping itu, posting pengumuman dalam My Komuniti dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara komuniti setempat dan berkongsi maklumat mengenai pendidikan.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu www.coloringpages4u.com dan menerokai dengan lebih terperinci permainan pendidikan yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Secara keseluruhannya, aktiviti sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.
Laporan April – Advokasi KDB (Online Predator), E-Learning (Mewarna Online) & Dashboard (My Soal)
Tarikh |
: 20 April 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk menambah pengetahuan keselamatan pengguna sekaligus meningkatkan kesedaran dalam diri peserta tentang bahayanya jenayah siber yang semakin meluas pada zaman kini. Selain itu, meningkatkan ICT para peserta yang mengikuti kelas di PI Kampung Gedong. Meningkatkan kemahiran mewarna para peserta dalam menggunakan aplikasi digital online. Di Samping itu, menjadikan peserta mahir dalam menggunakan dashboard komuniti serta mengetahui fungsi yang terdapat dalam dashboard komuniti (My Soal).
Aktiviti
Petugas menyediakan slaid pembentangan dan tayangan video KDB tentang penipuan kewangan yang semakin berleluasa. Petugas memberi penerangan berkenaan online predator dimana mangsa yang sering terkena adalah mereka yang kurang pengetahuan dalam keselamatan penggunaan internet. Oleh itu, peserta didedahkan dengan KDB (Klik Dengan Bijak) dimana pelbagai input dan info berguna yang dapat mereka perolehi dengan mengikuti kelas ini. Seterusnya, peserta dipandu cara membuat aduanke dalam My Soal serta mengikuti aktiviti sampingan mewarna secara atas talian.
Laporan April – Advokasi KDB (Cyber Grooming: Cyber Safe) & Latihan Keusahawanan (Shopee)
Tarikh |
: 15 April 2019 |
Masa |
: 9.00 pagi -12.00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Advokasi KDB ini memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para peserta sekaligus menjadi panduan keselamatan kepada para pengguna terutamanya para wanita. Disamping itu, tujuan kelas ini diadakan adalah agar para peserta PI Kampung Gedong memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna. Kelas ini juga bertujuan untuk mendekatkan ahli PI dengan PI Kg Gedong. Memperkenalkan laman web perniagaan sebagai sumber rujukan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Mempelajari cara menggunakan laman web shopee sebagai sasaran untuk menjana pendapatan. Menarik minat para wanita berkunjung ke PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan oleh petugas PI berkenaan cyber grooming melalui slaid pembentangan dan juga tayangan video KDB. Seterusnya, petugas membuat sesi soal jawab dengan para peserta. Selepas itu, para peserta diperkenalkan dengan Shopee dimana laman web yang sesuai untuk para peserta mengembangkan perniagaan. Para peserta mempelajari keusahawanan daripada petugas sekaligus mempelajari cara mempromosikan produk secara atas talian. Peserta juga diajar cara membeli produk secara atas talian.