Laporan April – Advokasi KDB (Klik Dengan Bijak), E-Pembelajaran (Mewarna Digital) & Movie Day
Tarikh |
: 4 April 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi tujuan memberi penerangan kepada peserta tentang keselamatan menggunakan internet. Selain itu, peserta dipandu cara untuk mewarna digital bagi menambah kemahiran para peserta dalam menggunakan kreativiti mereka memilih warna untuk sesuatu objek. Di samping itu, para peserta menyaksikan tayangan video sebagai aktiviti sampingan merehatkan minda selepas latihan mewarna secara atas talian.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan tentang KDB (Klik Dengan Bijak). Para peserta mendengar penerangan daripada petugas dan menyaksikan tayangan video KDB. Selain itu, para peserta diarah untuk menyiapkan lukisan yang belum berwarna mengikut warna yang sesuai. Seterusnya, petugas menyediakan tayangan video untuk para peserta di akhir kelas bagi tontonan para peserta. Tayangan movie dapat menarik minat peserta untuk berkunjung ke PI Gedong.
Laporan April – Advokasi KDB (Klik Dengan Bijak), E-Pembelajaran (Mewarna Digital) & Permainan Pendidikan (Jigsaw Puzzle Online)
Tarikh |
: 3 April 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 9 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bagi tujuan memberi penerangan kepada peserta tentang keselamatan menggunakan internet. Selain itu, peserta dipandu cara untuk mewarna digital bagi menambah kemahiran para peserta dalam menggunakan kreativiti mereka memilih warna untuk sesuatu objek. Di samping itu, para peserta mempelajari cara menyusun puzzle yang berselerak menjadi satu imej dengan menggunakan link yang diberi oleh petugas.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan tentang KDB (Klik Dengan Bijak). Para peserta mendengar penerangan daripada petugas dan menyaksikan tayangan video KDB. Selain itu, para peserta diarah untuk menyiapkan lukisan yang belum berwarna mengikut warna yang sesuai. Seterusnya, aktiviti menarik menguji minda para peserta iaitu permainan pendidikan secara atas talian iaitu Jigsaw Puzzle Online.
Laporan April – Advokasi KDB (Mobile E-Waste), Perkakasan Komputer (Asas Penjagaan Komputer) & Perisian Komputer (Antivirus)
Tarikh |
: 1 April 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Melalui kempen Mobile E-Waste para peserta diajar membuang sisa telefon lama atau yang telah rosak dibuang ke dalam kotak yang disediakan bagi tujuan pelupusan sisa telefon tersebut. Selain itu, para peserta diajar cara mengenali komponen computer, perisian computer dan mengetahui cara penjagaan computer yang betul.
Aktiviti
Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Disamping itu, para peserta diajar bagaimana hendak membersihkan virus di dalam komputer dan bagaimana untuk mengelakkan komputer daripada terkena virus. Akhir sekali, kempen Mobile E-Waste kepada para peserta.
Laporan April – Advokasi KDB (Waspada Dalam Talian), Website (Asas Pembangunan Laman Web: Google) & E-Learning (Science For Kids: Earth)
Tarikh |
: 2 April 2019 |
Masa |
: 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan peserta menguasai kemahiran, belajar sains dan teknologi setiap hari dalam kehidupan. Selain itu, para peserta dididik supaya lebih berwaspada di atas talian kerana banyak risiko yang bakal diperoleh apabila menjadi mangsa penipuan siber. Peserta mempelajari dan mengenali laman web yang terdapat dalam computer. Di samping itu, melalui aktiviti ini dapat membantu mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi pengenalan web dan KDB. Seterusnya, petugas memberi penerangan konsep Sains dan Teknologi mengenai kepentingan kedua-duanya yang terdapat di dalam Science & Technology Kids.com. Kemudian, peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan secara online di komputer. Setelah siap menyiapkan tugasan, para petugas PI Kg Gedong membuat sesi soal jawab kepada peserta supaya mereka lebih dapat belajar dan memahami konsep sains dan teknologi secara tidak langsung.
Laporan Mac – Dashboard Komuniti (My Soal), Pengumuman Dalam My Komuniti & Latihan Keusahawanan (Upload Produk Dalam My Shop)
Tarikh |
: 22 Mac – 25 Mac 2019 |
Masa |
: 2.00 Petang – 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 40 Orang |
Tujuan
Mempromosikan Dashboard Komuniti dan PI Kampung Gedong. Melatih peserta menggunakan dashboard komuniti (My Shop). Mendidik para peserta membuat promosi secara atas talian dengan cara upload produk ke dalam My Shop. Meningkatkan kemahiran dalam menggunakan internet dan membuat aduan dalam My Soal kepada Pihak PBT. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta.Memahirkan peserta menggunakan Dashboard Komuniti dan boleh membuat Pengumuman dalam My komuniti. Menerangkan modul dalam Dashboard Komuniti kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti aktiviti yang dianjurkan PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan laman dashboard komuniti dan modul yang terdapat dalam dashboard komuniti seperti My Soal, My Shop & My Komuniti. Petugas membimbing para peserta sehingga mahir. Setelah mahir menggunakan laman dashboard komuniti peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian. Para peserta dipandu cara untuk upload produk ke laman My Shop. Sesi Soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan. Peserta memperoleh kemahiran menggunakan dashboard komuniti dan mempelajari asas keusahawanan.