Laporan Mac – Advokasi KDB (Scam the Scammer), Pengenalan Web (Youtube) & E-Pembelajaran (DIY Origami Ikan)
Tarikh |
: 13 Mac 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 4 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang asas laman web dan menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet. Pengenalan kepada latihan asas keusahawanan dengan aplikasi Youtube. Meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu produk berdasarkan sumber rujukan youtube.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan Advokasi KDB, Scam The Scammer serta kepentingan berwaspada dalam berkongsi maklumat. Peserta diperkenalkan dengan fungsi Web Youtube serta kegunaannya. Peserta juga di ajar cara membuat origami ikan menggunakan kertas dengan video rujukan melalui Youtube. Peserta turut diberitahu aktiviti Pusat Internet pada masa akan datang sebelum sesi soal jawab dengan petugas.
Laporan Mac – Website (Asas Pembangunan Laman Web), Dashboard (My Komuniti) & Movie Day
Tarikh |
: 12 Mac 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 7 Orang |
Tujuan
Meningkatkan keahlian PI. Peserta mengetahui kewujudan PI dan pelbagai aktiviti yang diadakan di PI. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak. Memperkenalkan Dashboard Komuniti dan cara membuat pengumuman dalam My Komuniti kepada para peserta. Mempromosikan PI Kampung Gedong dengan aktiviti sampingan seperti Movie Day.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan berkaitan Laman Web. Peserta dipandu cara mencari imej daripada google dan mempelajari cara menyimpan gambar ke dalam folder mengikut langkah demi langkah. Peserta mendengar arahan daripada petugas dan menyimpan gambar ke dalam folder yang disediakan. Seterusnya, peserta diminta membuat pengumuman dalam dashboard komuniti. Akhir sekali, peserta menyaksikan tayangan video secara percuma di PI.
Laporan Mac – Advokasi KDB (Macau Scam), Multimedia (Save Images) & E-Pembelajaran (Paint)
Tarikh |
: 9 Mac 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 4 Orang |
Tujuan
Mempromosikan aktiviti di PI Kampung Gedong yang bakal diadakan pada masa akan datang. Peserta didedahkan tentang Macau Scam, tips keselamatan menggunakan internet. Peserta juga diperkenalkan dengan Multimedia Paint serta tools yang terdapat di dalam nya dan diajar untuk memasukkan bentuk ke dalam 'sheet' Paint. Peserta juga diperkenalkan dengan Multimedia, cara menyimpan dan mengedit gambar.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan keselamatan ketika melayari internet dan bagaimana cara mengelak diri daripada menjadi mangsa sindiket penipuan. Peserta juga dipaparkan video mengenai Klik Dengan Bijak, Macau Scam seperti yang disyorkan SKMM. Selain itu, peserta turut diperkenalkan dengan aplikasi Multimedia iaitu Paint dan cara mengedit gambar supaya Nampak ;ebih kreatif dan menarik. Sesi soal jawab di antara petugas PI Kg Gedong dan peserta.
Laporan Mac – Advokasi KDB (Semak Sebelum Sebar), Multimedia (Suntingan Imej) & Power Point (Membuat Slaid Pembentangan)
Tarikh |
: 11 Mac 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan
Memberi kesedaran keselamatan penggunaan internet kepada pengguna. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet juga diberikan oleh petugas kepada para peserta. Mendidik peserta agar menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Mempelajari Microsoft Power Point dan cara memasukkan gambar ke dalam slaid pembentangan. Menambah pengetahuan ICT para peserta dalam menggunakan internet seperti membuat suntingan imej dan menukar design slaid pembentangan mengikut kreativiti masing-masing.
Aktiviti
Peserta diterangkan mengenai Klik Dengan Bijak dan tayangan video KDB. Sesi soal jawab dengan petugas berkenaan video yang ditayangkan juga turut dijalankan. Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Power Point. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Power Point dan bagaimana menghasilkan slaid yang menarik dengan memasukkan imej dan design ke dalam slaid.
Laporan Mac – E-Pembelajaran (Mewarna Digital), Multimedia (Save Gambar Online) & Pengenalan Web (Youtube)
Tarikh |
: 8 Mac 2019 |
Masa |
: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Gedong |
Peserta |
: 8 Orang |
Tujuan
Memberikan peserta pendedahan menggunakan laman web sebagai medium pembelajaran dan meningkatkan kreativiti peserta melalui aktiviti mewarna digital. Peserta diuji kemahiran mewarna secara online. Memperkenalkan laman web youtube sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat dan sebagai hiburan pendidikan. Menambah pengetahuan Multimedia para peserta. Menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan Mewarna Digital iaitu www.coloring.pages4u.com . Peserta turut diajar cara untuk mencari image di laman web, dan cara menyimpan gambar daripada web. Seterusnya peserta membuat latihan mewarna secara online mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta juga dipandu cara menggunakan laman web youtube dan video pendidikan yang sesuai mengikut kategori mereka yang masih lagi tabika.