Laporan Mac – Advokasi KDB (Cyberbullying), E-Pembelajaran (Mewarna Digital) & Dashboard (My Komuniti)

Tarikh

: 2 Mac 2019

Masa

: 8.30 Pagi – 11.30 Pagi

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memperkenalkan sistem aplikasi  Dashboard Komuniti yang boleh di muat turun melalui google play store kepada peserta. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet dan pengetahuan peserta. Meningkatkan kreativiti peserta dalam kemahiran mewarna digital.Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer dan komponen serta fungsi yang terdapat pada komputer.

 

Aktiviti

Peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti serta fungsi. Peserta diberi pendedahan menggunakan laman web pembelajaran iaitu mewarna digital secara online. Peserta juga diperkenalkan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu cyberbullying dan aktiviti diakhiri dengan sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan.

 

Gambar Di Sini


Laporan Mac – Advokasi KDB (Etika Penggunaan Internet), Pengenalan Web (SEB cares) & Dashboard (My Soal)

 

Tarikh

: 1 Mac 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 7 Orang

 

Tujuan

Melatih peserta etika penggunaan internet dan ciri keselamatan ketika menggunakan internet. Selain itu, para peserta diperkenalkan dengan laman web SEB cares bagi memudahkan penerimaan dan pembayaran bil elektrik. Menjimatkan masa dan tenaga peserta daripada membayar di kaunter SESCO. Memperkenalkan dashboard komuniti (My Soal) dan memberi tunjuk ajar kepada pihak PBT bagaimana membalas aduan ataupun cadangan daripada komuniti tempatan.

 

Aktiviti

Peserta diperkenalkan dengan Advokasi KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM. Petugas menyediakan tayangan video KDB berkenaan etika penggunaan internet. Peserta menonton tayangan video tersebut. Selain itu, peserta dipandu cara menggunakan laman web dan mendaftar akaun SEB. Peserta juga diajar menggunakan dashboard komuniti dan diberi penerangan mengenai My Soal.

 

Gambar Di Sini


Laporan Februari – Advokasi KDB (Pengawalseliaan di Alam Siber), Perkakasan Komputer (Asas Penjagaan Komputer) & Perisian Komputer (Microsoft Office)

 

Tarikh

: 17 Februari 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 12 Orang

 

Tujuan

 

Mempromosikan Pusat Internet Kampung Gedong, Menambah pengetahuan ICT peserta dalam mengenali perkakasan computer serta asas penjagaan komputer. Menambah ahli PI serta mempromosikan program dan aktiviti yang akan diadakan di PI pada masa akan datang. Menambah kesedaran dalam penggunaan internet kepada pengguna. Menambah pengetahuan dalam penggunaan Microsoft Office Word. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta.

 

Aktiviti

 

Petugas memulakan kelas dengan sesi pengenalan Pusat Internet serta menyatakan perkhidmatan serta kemudahan yang terdapat di Pusat Internet. Mereka diajar mengenali computer dan komponen yang terdapat dalam computer. Selain itu, peserta menyaksikan tayangan video KDB & slaid pembentangan yang telah disediakan oleh Petugas Pusat Internet. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Pengenalan Microsoft Office Word dan latihan menaip kepada para peserta.

 

Gambar Di Sini


 

Laporan Februari – Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Gedong

 

Tarikh

: 23 & 24 Februari 2019

Masa

: 7.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 885 Orang

 

Tujuan

 

Untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti Kg Gedong serta fungsi dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet. Disamping itu, program ini bertujuan untuk memperkenalkan dashboard komuniti serta sebagai salah satu medium pemberitahuan untuk advokasi KDB kepada komuniti. Seterusnya program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan antara Petugas Pusat Internet dengan Komuniti disamping menambah bilangan ahli Pusat Internet. Selain itu, dapat meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi yang lain dalam melaksanakan program, meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dan memberi peluang pada komuniti untuk bersama keluarga memanfaatkan hujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah anjuran PI Kampung Gedong. Mempromosikan PI Kampung Gedong kepada orang luar dan juga komuniti tempatan.

 

Aktiviti

 

Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada Hari Bersama Komuniti PI Kampung Gedong selama dua hari. Antara intipati program adalah Pengenalan PI Kg Gedong, Advokasi KDB, Pengenalan Dashboard Komuniti, Ceramah Keusahawanan bersama ASNB, Taklimat Keselamatan bersama Bomba & Penyelamat Simunjan, Pameran daripada pelbagai agensi seperti Agensi Anti Dadh Kebangsaan (AADK), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Balai Bomba & Penyelamat Simunjan, Usahawan Tempatan (Seri Gedong Songket, PERMATA Songket, Tupperware). Antara aktiviti lain ialah pemeriksaan kesihatan PERCUMA dan pap smear oleh Klinik Kesihatan Gedong & KOSPEN, Derma Darah (Makmal Derma Darah Simunjan), & Pemeriksaan Gigi PERCUMA oleh Klinik Pergigian Hospital Serian. Pelbagai pertandingan ICT dan sukaneka turut dijalankan pada hari tersebut. Pendaftara ahli secara PERCUMA juga diadakan sempena Perasmian Hari Bersama PI Kampung Gedong pada 24 Februari 2019.

 

Gambar Di Sini


 

Laporan Februari – Advokasi KDB (Ketagihan Internet), Perisian Komputer (Antivirus) & Microsoft Power Point (Membuat Slaid Pembentangan)

 

Tarikh

: 16 Februari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 9 Orang 

 

Tujuan

 

Menjalankan aktiviti seperti video showing berkaitan Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Membantu peserta mengelak diri daripada terjebak dengan ketagihan internet. Mendidik peserta untuk menjadi penguna internet secara bijak. Memberi panduan keselamatan kepada peserta berkenaan antivirus yang terdapat dalam computer yang boleh dijadikan sebagai perlindungan daripada dijangkiti virus. Peserta juga diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Power Point di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Power Point.

 

Aktiviti

 

Petugas memberi penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak dan peserta mendengar Ceramah KDB berkenaan (Ketagihan Internet). Sesi soal jawab antara peserta dan petugas. Selepas itu, peserta membuat aktiviti latihan Microsoft Power Point dan diterangkan fungsi yang terdapat dalam Microsoft Power Point. Peserta dipandu cara untuk menggunakan font, insert table, aligment, dan template design. Peserta juga diajar memasukkan gambar ke dalam slaid pembentangan.

 

Gambar Di Sini