Laporan Februari – Advokasi KDB (Teknologi dan Multimedia), Dashboard (My Soal) & Membuat Aduan dalam My Soal kepada Pihak PBT

 

Tarikh

: 15 Februari 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 12 Orang

 

Tujuan

 

Memupuk kemahiran penguasaan computer para peserta. Memperkenalkan dashboard komuniti kepada para peserta serta fungsi. Menguji tahap penguasaan pelajar dalam menggunakan teknologi. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan melayari internet. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Menambah pengetahuan peserta dalam menggunakan dashboard My Soal.

 

Aktiviti

 

Petugas memberi penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak dan tayangan video berkaitan teknologi dan multimedia kepada peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Seterusnya, peserta menonton slaid berkenaan dashboard komuniti (My Soal). Akhir sekali, petugas memberi penerangan bagaimana membuka laman web My Soal. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Peserta membuat latihan dashboard mengikut arahan daripada petugas.

 

Gambar Di Sini


Laporan Februari – Advokasi KDB (Peeking), E-Pembelajaran (Permainan Pendidikan) & Kuiz Kahoot Online

 

Tarikh

: 14 Februari 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 8 Orang

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bagi tujuan meningkatkan keahlian PI. Peserta mengetahui kewujudan PI dan pelbagai aktiviti yang diadakan di PI. Menambah pengetahuan dalam melayari internet. Memberi pendedahan penggunaan internet yang bijak dan mengelakkan gejala yang tidak berpatutan. Mempromosikan PI Kampung Gedong dengan aktiviti sampingan seperti permainan pendidikan dimana para peserta mewarna secara atas talian serta menjawab kuiz kahoot secara online.

 

Aktiviti

 

Para peserta diperkenalkan tentang peeking bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan disoal jawab oleh petugas PI. Peserta juga mempelajari bagaimana mengelak diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak berfaedah dimana akan mendatangkan banyak kesan negatif kepada diri individu itu sendiri. Peserta menjawab kuiz kahoot secara individu dan mewarna online di www.coloringpages4u.com.

 

Gambar Di Sini


Laporan Februari – Mesyuarat AJK & Squad Volunteer Sempena Hari Bersama Komuniti PI Kampung Gedong 2019

 

Tarikh

: 12 Februari 2019

Masa

: 3.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 23 Orang

 

Tujuan

 

Mesyuarat diadakan adalah bagi tujuan perbincangan mengenai Hari Bersama Komuniti yang bakal tiba tidak lama lagi iaitu pada 24 Februari 2019. Selain itu, ia bertujuan bagi pembahagian tugas pada Hari Bersama kepada AJK dan Squad Volunteer yang telah dilantik. Perbincangan mengenai aktiviti yang akan diadakan dan isu-isu lain yang berkaitan. Menambah keahlian PI Kampung Gedong serta mempromosikan PI kepada komuniti setempat.

 

 

Aktiviti

 

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh petugas, memulakan salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan yang hadir, AJK & Squad Volunteer Pusat Internet Kampung Gedong. Petugas turut menerangkan berkenaan Hari Bersama Komuniti dan Agenda Mesyuarat. Mesyuarat diteruskan dengan mendengar idea-idea bernas daripada AJK & Squad Volunteer berkenaan program yang akan diadakan oleh Pusat Internet Kampung Gedong. Sesi soal jawab turut diadakan.

 

Gambar Di Sini


 

Laporan Februari - Advokasi KDB (Hak & Tanggungjawab Warga Digital), Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi (Emel) & Latihan Keusahawanan (Membuat akaun Gmail)

 

Tarikh

: 13 Februari 2019

Masa

: 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 7 Orang

 

Tujuan

 

Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dengan mengadakan latihan membuat akaun gmail. Meningkatkan pengetahuan asas keusahawanan para peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong. Mempromosi aktiviti PI dan menambah keahlian PI sedia ada. Memberi kesedaran tentang hak dan tanggungjawab sebagai warga digital.

 

Aktiviti

 

Peserta diberi pendedahan mengenai emel serta fungsi. Peserta dipandu cara membuat akaun gmail serta diajar cara menghantar email. Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk memberi pendidikan. Peserta menyaksikan tayangan video KDB dan slaid pembentangan yang disyorkan oleh SKMM. Peserta diberi maklumat berkenaan isu-isu semasa dan bagaimana cara mengelak diri daripada terjebak jenayah dunia siber yang kian berleluasa.

 

Gambar Di Sini


 

Laporan Februari - Advokasi KDB (Scam), Microsoft Power Point (Insert Table) & Latihan Keusahawanan (Sosial Media)

 

Tarikh

: 11 Februari 2019

Masa

: 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kampung Gedong

Peserta

: 10 Orang

 

Tujuan

 

Memastikan peserta memahami keselamatan ketika melayari internet dan bagaimana untuk mengenal pasti maklumat atau info palsu. Meningkatkan ilmu pengetahuan para peserta tentang penggunaan internet yang betul. Program kesedaran ke atas pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet dalam kehidupan seharian mereka. Memperkenalkan design template pada para peserta bagi memudahkan para peserta untuk mempelajari Microsoft Office Power Point. Meningkatkan kemahiran keusahawanan para peserta.

 

Aktiviti

 

Peserta diperkenalkan tentang klik dengan bijak. Selain itu, petugas menyiarkan tayangan video klik dengan bijak dan video yang bermanfaat untuk menjadi contoh kepada mereka supaya dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara apabila melayari internet. Para peserta di perkenalkan dengan Microsoft Power Point dan Latihan Keusahawanan. Pelbagai tips keselamatan menggunakan internet juga diberikan oleh petugas kepada para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta.

 

 

Gambar Di Sini