LAPORAN OGOS
TARIKH |
: 6 OGOS 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN DEWASA |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta mencari pekerjaan secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara membuka laman web peluang pekerjaan secara online. Petugas membantu peserta dalam mengisi maklumat yang diperlukan. Sesi soal jawab berlangsung antara petugas dan peserta. Membantu para peserta mempelajari cara mengisi peluang pekerjaan.
LAPORAN JULAI
TARIKH |
: 30 JULAI 2023 |
MASA |
: 7.30AM - 11.30AM |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN DEWASA |
Tujuan
Memberikan peserta pendedahan menggunakan laman web mewarna dan meningkatkan kreativiti peserta melalui aktiviti mewarna digital. Peserta diuji kemahiran mewarna secara online. Menambah pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PEDi Kampung Gedong. Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Gedong sedia ada. Menjadikan peserta celik IT dan tangkas mewarna menggunakan aplikasi yang disediakan.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan Mewarna Digital iaitu www.coloring.pages4u.com dan Happy Coloring. Peserta mengikuti pertandingan mewarna secara online mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta juga dipandu cara menggunakan aplikasi mewarna mengikut kategori masing-masing. Peserta memulakan Pertandingan Mewarna Digital 10 minit selepas tempoh percubaan. Peserta paling pantas mewarna dan mewarna mengikut tona warna yang sesuai dengan lukisan dikira pemenang.
LAPORAN JULAI
TARIKH |
: 4 - 7 JULAI 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat resume, Mengisi peluang pekerjaan E-Recruitment dan juga SPA.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan CANVA mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Petugas memberikan penerangan cara mengisi dan mendaftar akaun SPA dan E-Rercuitment kepada para peserta. Sesi soal jawab berlangsung antara petugas dan peserta.
LAPORAN JULAI
TARIKH |
: SEPANJANG JULAI 2023 |
MASA |
: 10.30AM - 12.30PM |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA DAN DEWASA |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia dan dewasa mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT dan Keusahawanan para peserta. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta tentang pengurusan kewangan IKS, pengurusan sumber manusia dan banyak lagi modul pembelajaran yang menarik.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta kelas dibuat secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Para peserta boleh berkunjung ke PEDi Gedong untuk mengikuti kelas tersebut secara PERCUMA apabila mereka telah mendaftar ahli di PEDi Gedong. Kelas dijalankan akan dibimbing oleh Pengajar dari MSD dan sesi soal jawab antara peserta dan pengajar turut dijalankan. Program yang dijalankan dapat meningkatkan pengetahuan asas keusahawanan peserta.
LAPORAN JULAI
TARIKH |
: 1 - 2 JULAI 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: USAHAWAN GEDONG |
Tujuan
Membantu para usahawan mendaftar secara atas talian CIDB dan mengikuti kursus yang dianjurkan CIDB. Ia sekaligus membantu usahawan yang baru menceburi diri dalam bidang perniagaan. Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat para usahawan berkunjung ke PEDi Kampung Gedong.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas keusahawanan dan asas ICT. Mempelajari cara membuat permohonan lesen kontraktor CIDB dan ujian untuk mendapatkan permit tersebut.