LAPORAN JUN
TARIKH |
: 26 JUN 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: USAHAWAN GEDONG |
Tujuan
Membantu para usahawan mendapatkan bantuan dari segi peralatan, modal atau baik pulih kedai. Meningkatkan ekonomi para usahawan yang baru menceburi diri dalam bidang perniagaan. Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat para usahawan berkunjung ke PEDi Kampung Gedong.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas keusahawanan dan asas ICT. Mempelajari cara menaip surat rasmi mengikut format yang betul. Diberi pendedahan komputer mempelajari Microsoft Office Word.
LAPORAN JUN
TARIKH |
: 9 JUN 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: USAHAWAN GEDONG |
Tujuan
Membantu para usahawan mendapatkan sumbangan berupa bantuan peralatan. Meningkatkan ekonomi para usahawan yang baru menceburi diri dalam bidang perniagaan. Melatih para usahawan berdaya saing dan berusaha lebih gigih dalam memajukan perniagaan masing-masing. Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat para usahawan berkunjung ke PEDi Kampung Gedong.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas keusahawanan dan dibantu cara membuat permohonan geran PUTERA dan dibimbing cara mengisi borang permohonan secara bersemuka.
LAPORAN JUN
TARIKH |
: 7 JUN 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan dan mempelajari cara membuat sticker produk. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu imej produk yang menarik.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PEDi Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PEDi pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan software kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta membuat suntingan sticker produk. Selain itu, peserta mempelajari asas multimedia.
LAPORAN JUN
TARIKH |
: 8 JUN 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Memberikan peserta pendedahan menggunakan laman web sebagai medium pembelajaran dan meningkatkan kreativiti peserta melalui aktiviti mewarna digital. Peserta diuji kemahiran mewarna secara online. Menambah pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PEDi Kampung Gedong. Meningkatkan kesedaran penggunaan internet para peserta. Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Gedong sedia ada.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan Mewarna Digital iaitu www.coloring.pages4u.com. Kelas ini dapat menarik minat para peserta untuk belajar ICT di PEDi Kampung Gedong. Seterusnya peserta mewarna secara online mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta juga dipandu cara menggunakan laman web mewarna yang sesuai mengikut kategori peserta. Di samping itu, Petugas memberi serba sedikit penerangan kepada peserta bagaimana menggunakan internet secara berhemah.
LAPORAN JUN
TARIKH |
: 4 JUN 2023 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PEDi KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan
Mempromosikan PEDi Kampung Gedong serta menambah keahlian PEDi Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat surat rasmi mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Surat Rasmi mengikut buku modul pembelajaran yang diberi.