BELAJAR ASAS KOMPUTER, INTERNET, KDB DAN DASHBOARD KOMUNITI
NAMA | : DIYANNA FILZATY BINTI HAMDAN |
UMUR | : 10 TAHUN |
AHLI | : 29 SEPTEMBER 2018 |
Latar belakang
Adik Diyanna merupakan seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Abang Kadir Gedong berumur 10 tahun. Beliau telah menyertai Pusat Internet Kg Gedong sebagai ahli sejak Pusat Internet Kg Gedong dibuka pada tahun 2015. Adik Diyanna merupakan seorang pelajar yang rajin mengikuti kelas dan cepat memahami langkah-langkah kerja yang di ajar ketika kelas pembelajaran dijalankan. Beliau merupakan seorang pengawas sekolah yang berdedikasi dan pintar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Internet Kg Gedong, adik Diyanna kurang mendapat pendedahan mengenai asas penggunaan dan penjagaan komputer. Selain itu, beliau juga kurang mengetahui tentang pelbagai jenis penipuan yang terdapat di alam siber dan etika penggunaan Internet yang betul. Beliau juga tidak mengenali apa itu dashboard komuniti dan KDB. Adik Diyanna juga kurang kemahiran dalam penggunaan aplikasi-aplikasi dan ‘software’ yang terdapat di dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Diyanna kini mempunyai asas kemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Office, Multimedia, Pengenalan Web, Dashboard Komuniti dan Etika penggunaan Internet dengan betul. Adik Diyanna juga sering mengikuti pelbagai jenis pertandingan melibatkan ICT seperti menaip pantas, kuiz online, mewarna, jigsaw puzzle online dan juga sebagainya. Kelas-kelas yang telah diikuti oleh beliau banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran serta menguasai asas penggunaan komputer. Selain itu, adik Diyanna juga banyak membantu rakan-rakan beliau yang lain ketika mengikuti kelas di Pusat Internet.