USAHAWAN KECIL PERTANIAN & PELBAGAI PRODUK ONLINE
NAMA | : HAMSIAH BINTI BOLHI |
UMUR | : 42 TAHUN |
AHLI | : 11 OKTOBER 2018 |
Latar belakang
Puan Hamsiah, 42 tahun, merupakan seorang seorang surirumah sepenuh masa yang menjadikan perniagaan dan keusahawanan sebagai punca pendapatan sampingan secara kecil-kecilan. Puan Hamsiah mula menggunakan internet untuk mempromosikan perniaagaan beliau di dalam Facebook dan juga Whatsapp. Bagi beliau, Internet merupakan salah satu medium sumber rezeki kepada beliau. Beliau juga merupakan seorang yang cepat belajar, mudah memahami dan tidak mudah putus asa. Walaupun sudah mencecah usia 40-an, tekad dan keinginan beliau untuk menimba ilmu keusahawanan adalah mengagumkan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI, Puan Hamsiah selalu mengalami masalah untuk memuatnaik produk ke dalam medium jualan atas talian kerana capaian internet yang rendah. Beliau juga kurang mahir menggunakan computer dan internet kerana kurang pendedahan kepada pembelajaran asas-asas komputer. Selain itu, beliau juga tidak tahu tentang penggunaan software yang terdapat dalam computer dan web platform penjualan online yang ada.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Pn. Hamsiah kini telah mempelajari cara penggunaan dan penjagaan computer dengan betul. Beliau juga telah mempelajari cara menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan iklan produk melalui My Shop dan juga beberapa platform jual beli atas talian serta media sosial. Selain itu beliau juga telah mempelajari etika penggunaan internet dengan betul serta kepentingan Klik Dengan Bijak
Selain itu, capaian pelanggan beliau semakin bertambah meluas dengan adanya capaian internet berkelajuan tinggi dan kepelbagaian promosi atas talian. Beliau juga mula menggunakan Dashboard My Shop dalam memasarkan produk beliau selain dari menggunakan Facebook dan whatsapp. Beliau juga mendapat bantuan daripada petugas-petugas PI untuk mempromosikan produk beliau. Puan Hamsiah juga semakin mahir dalam menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam computer seperti Microsoft Word dan web carian seperti Google.
BELAJAR ASAS KOMPUTER, INTERNET, KDB DAN DASHBOARD KOMUNITI
NAMA | : ARRIF HAKIM BIN HAMDAN |
UMUR | : 14 TAHUN |
AHLI | : 1 OKTOBER 2018 |
Latar belakang
Adik Hakim merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong berumur 14 tahun. Beliau telah menyertai Pusat Internet Kg Gedong sebagai ahli sejak Pusat Internet Kg Gedong dibuka pada tahun 2015. Adik Hakim merupakan seorang yang rajin mengikuti kelas dan cepat memahami langkah-langkah kerja yang di ajar ketika kelas pembelajaran dijalankan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Internet Kg Gedong, adik Hakim kurang mendapat pendedahan mengenai asas penggunaan dan penjagaan komputer. Selain itu, beliau juga kurang mengetahui tentang pelbagai jenis penipuan yang terdapat di alam siber dan etika penggunaan Internet yang betul. Adik Hakim juga kurang kemahiran dalam penggunaan aplikasi-aplikasi dan ‘software’ yang terdapat di dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Hakim kini mempunyai asas kemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Office, Paint, Pengenalan Web, Dashboard Komuniti dan Etika penggunaan Internet dengan betul. Adik Hakim juga sering mengikuti pelbagai jenis pertandingan melibatkan ICT seperti menaip pantas, kuiz online dan juga sebagainya. Kelas-kelas yang telah diikuti oleh beliau banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran serta menguasai asas kemahiran penggunaan Komputer. Selain itu, adik Hakim juga banyak membantu rakan-rakan beliau yang lain ketika mengikuti kelas di Pusat Internet.
KLIK VIDEO DI SINI
USAHAWAN KECIL PENIAGA MAKANAN (MRC CAFE) & PENTERNAK ITIK
NAMA | : AZLINDA BINTI DAUD |
UMUR | : 43 TAHUN |
AHLI | : 15 OKTOBER 2018 |
Latar belakang
Puan Azlinda, 43 tahun, merupakan seorang usahawan yang telah menjual pelbagai jenis makanan seperti mee udang talam, dan pelbagai jenis ‘western food’ di rumah beliau dan menjalankan penternakan ayam dan itik secara kecil-kecilan. Puan Azlinda mula menggunakan internet untuk mempromosikan perniaagaan beliau di dalam Facebook dan juga Whatsapp. Bagi beliau, Internet merupakan salah satu medium sumber rezeki kepada beliau. Beliau juga merupakan seorang yang cepat belajar, mudah memahami dan tidak mudah putus asa. Bagi beliau usia bukan penghalang untuk menimba ilmu pengetahuan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI, Puan Azlinda selalu mengalami masalah untuk memuatnaik produk ke dalam medium jualan atas talian kerana capaian internet yang rendah. Puan Azlinda juga kurang mahir menggunakan computer dan internet kerana kurang pendedahan kepada pembelajaran asas-asas komputer. Selain itu, beliau juga tidak tahu tentang penggunaan software yang terdapat dalam computer dan web platform penjualan online yang ada.Selain dari itu, beliau juga mengalami kesukaran untuk mencetak, binding dan melaminate hasil kerja beliau untuk promosi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai kelas ICT di Pusat Internet, Pn. Azlinda kini telah mempelajari cara penggunaan dan penjagaan computer dengan betul. Beliau juga telah mempelajari cara menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan iklan produk melalui My Shop dan juga beberapa platform jual beli atas talian serta media sosial. Selain itu beliau juga telah mempelajari etika penggunaan internet dengan betul serta kepentingan Klik Dengan Bijak. Selain itu, capaian pelanggan beliau semakin bertambah meluas dengan adanya capaian internet berkelajuan tinggi dan kepelbagaian promosi atas talian. Beliau juga mula menggunakan Dashboard My Shop dalam memasarkan produk beliau selain dari menggunakan Facebook, Whatsapp dan Wechat. Beliau juga mendapat bantuan daripada petugas-petugas PI untuk mempromosikan produk beliau. Puan Azlinda juga semakin mahir dalam menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam computer seperti Microsoft dan Paint. Beliau juga semakin mahir dalam mempromosikan produk-produk beliau.
KLIK VIDEO DI SINI
USAHAWAN KECIL MENJUAL KEK, ROTI & PELBAGAI PRODUK ONLINE
NAMA | : IRA NURHAIRUL RIZA BINTI BAKRI |
UMUR | : 30 TAHUN |
AHLI | : 11 OKTOBER 2018 |
Latar belakang
Puan Ira Nurhairul Riza Bakri, 30 tahun,suri rumah sepenuh masa, merupakan seorang usahawan yang telah menjual pelbagai jenis produk secara online. Beliau juga merupakan seorang usahawan tempatan yang menjual kuih muih, kek serta roti. Perniagaan beliau telah beroperasi sejak 5 tahun yang lalu. Beliau mula berniaga secara kecil-kecilan di rumah dan juga atas talian. Bagi beliau, Internet merupakan salah satu medium sumber rezeki kepada beliau. Beliau juga merupakan seorang yang cepat belajar, mudah memahami dan tidak mudah putus asa. Bagi beliau usia bukan penghalang untuk menimba ilmu pengetahuan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PI, Puan Ira selalu mengalami masalah untuk memuatnaik produk ke dalam medium jualan atas talian kerana capaian internet yang rendah. Beliau juga sukar untuk mencari maklumat untuk perniagaan beliau.Selain dari itu, beliau juga mengalami kesukaran untuk mencetak, binding dan melaminate hasil kerja beliau untuk promosi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas Puan Ira menglibatkan diri dengan aktiviti PI, capaian pelanggan beliau semakin bertambah meluas dengan adanya capaian internet berkelajuan tinggi. Beliau juga mula menggunakan Dashbouard My Shop dalam memasarkan produk beliau selain dari menggunakan Facebook, Whatsapp dan Wechat. Beliau juga akan berkunjung ke pusat Internet untuk mempromosikan kek dan roti hasil tangan beliau sendiri. Beliau juga mendapat bantuan daripada petugas-petugas PI. Puan Ira juga semakin mahir dalam menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam computer seperti Microsoft dan Paint. Beliau juga semakin mahir dalam mempromosikan produk-produk beliau.
KLIK VIDEO DI SINI
BELAJAR ASAS KOMPUTER, INTERNET, KDB DAN DASHBOARD KOMUNITI
NAMA | : HAIFA HAZIRAH BINTI KEPLI |
UMUR | : 14 TAHUN |
AHLI | : 12 OKTOBER 2018 |
Latar belakang
Adik Haifa merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong berumur 13 tahun. Beliau telah menyertai Pusat Internet Kg Gedong sebagai ahli sejak Pusat Internet Kg Gedong dibuka pada tahun 2018. Adik Haifa merupakan seorang yang rajin mengikuti kelas dan cepat memahami langkah-langkah kerja yang di ajar ketika kelas pembelajaran dijalankan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Internet Kg Gedong, adik Haifa kurang mendapat pendedahan mengenai asas penggunaan dan penjagaan komputer. Selain itu, beliau juga kurang mengetahui tentang pelbagai jenis penipuan yang terdapat di alam siber dan etika penggunaan Internet yang betul. Adik Haifa juga kurang kemahiran dalam penggunaan aplikasi-aplikasi dan ‘software’ yang terdapat di dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Haifa kini mempunyai asas kemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Office, Paint, Pengenalan Web, Dashboard Komuniti dan Etika penggunaan Internet dengan betul. Adik Haifa juga sering mengikuti pelbagai jenis pertandingan melibatkan ICT seperti menaip pantas, kuiz online dan juga sebagainya. Kelas-kelas yang telah diikuti oleh beliau banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran serta menguasai asas kemahiran penggunaan Komputer. Selain itu, adik Haifa juga banyak membantu rakan-rakan beliau yang lain ketika mengikuti kelas di Pusat Internet.