LAPORAN FEBRUARI
TARIKH |
: 9 FEBRUARI 2021 |
MASA |
: 9.00 PAGI – 11.00 PAGI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam Microsoft Office Word. Mengenali komponen yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Mempelajari cara menukar jenis dan saiz tulisan. Pelajar turut mempelajari cara membuat underline/garisan pada perkataan. Menjadikan peserta mahir dalam menggunakan Microsoft Office Word dan membuat surat rasmi mengikut format yang betul.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan Microsoft Office Word. Peserta dipandu cara menggunakan Microsoft Word. Peserta membuat latihan yang diberikan dengan menggunakan modul pembelajaran yang telah disediakan oleh petugas PIK Gedong. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan. Latihan yang diberikan kepada peserta dapat meningkatkan penguasaan penggunaan Microsoft Word.