LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 1-2 NOVEMBER 2024 |
MASA |
: 3.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: NADI KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: 5 ORANG |
Tujuan
Mempromosikan NADI Kampung Gedong serta menambah keahlian NADI Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di NADI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Peserta belajar dasar-dasar Microsoft Word, membantu mereka membuat dan mengedit dokumen. Dengan mengetahui cara memasukkan dan mengatur gambar, peserta dapat membuat dokumen yang lebih menarik. Menarik minat pelajar melalui kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat latihan yang diberikan oleh petugas untuk mengenal pasti kompone komputer yang sedia ada. Membantu pelajar memahami konsep ICT dengan lebih baik dan mengukuhkan pengetahuan mereka.