LAPORAN OKTOBER

TARIKH

: 14 OKTOBER 2019

MASA

: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: SEKOLAH RENDAH (10 ORANG)

 

Tujuan 

 

Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Memperkenalkan website yang berguna sebagai sumber pendidikan kepada pelajar sekolah. Meningkatkan kefahaman dalam Islam serta pengetahuan am apa yang dipelajari peserta di sekolah. Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi galakan kepada peserta dan memupuk minat belajar dalam diri peserta. Peserta boleh menjawab kuiz interaktif Islam secara individu. 

 

Aktiviti

Petugas meminta peserta membuka laman web mengikut link yang telah diberikan oleh petugas. Para peserta diuji kemahiran berfikir dimana mereka perlu menjawab soalan Kuiz Interaktif Islam secara online dan tanpa bantuan rakan yang lain. Di akhir kelas, para peserta akan mengetahui tahap kebijaksanaan mereka menjawab soalan dimana markah akan dipaparkan di skrin. Aktiviti ini sangat berguna bagi menarik minat peserta berkunjung ke PI Gedong.

 

GAMBAR DI SINI