LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 22 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (15 ORANG) |
Tujuan
Melatih golongan peserta menggunakan laman dashboard komuniti dan memberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk secara atas talian dengan menggunakan My Shop. Menambah kemahiran peserta dalam perniagaan. Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti (My Shop) agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI. Setelah mahir menggunakan laman dashboard komuniti peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian terutama di media sosial. Selain itu, dapat memberi kesedaran keselamatan kepada pengguna internet serta menggunakan internet dengan perkara berfaedah.