Tujuan

 

Untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti Kampung Gedong serta Kampung yang berdekatan iaitu Sebemban. Selain itu, memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet. Disamping itu, program ini bertujuan untuk memperkenalkan dashboard komuniti sebagai salah satu medium pemberitahuan untuk Advokasi KDB kepada komuniti. Seterusnya program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan antara Petugas Pusat Internet dengan Komuniti disamping menambah bilangan ahli Pusat Internet. Selain itu, dapat meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi yang lain dalam melaksanakan program, meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dan memberi peluang pada komuniti untuk bersama keluarga mengikuti program kesihatan yang dianjurkan oleh PI Kampung Gedong. Mempromosikan PI Kampung Gedong kepada orang luar dan juga komuniti tempatan. Membantu komuniti yang ingin bertanya berkenaan MYTV dan dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah.

 

Aktiviti

 

Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada Hari Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan PI Kampung Gedong selama dua hari. Antara intipati program adalah Pengenalan PI Kg Gedong, Advokasi KDB, Pengenalan Dashboard Komuniti, Install Dashboard Mobile, Ceramah Kesihatan bersama Klinik Kesihatan Gedong, Sukaneka, Mari Berzumba, Seribu Langkah Bersama PI Gedong, Berus Gigi Senyum Menawan, Bengkel Asas ICT (Paint), Bengkel Power Point, Pertandingan Mewarna Poster, Pertandingan Jigsaw Puzzle Online Dewasa, Pertandingan menaip artikel dashboard dan Bengkel ICT (Membuat Poster Amalkan Gaya Hidup Sihat menggunakan Ms Publisher). Antara aktiviti lain ialah pemeriksaan kesihatan PERCUMA oleh Klinik Kesihatan Gedong serta Ceramah Kesihatan oleh Dr. Sharifah Munawwirah. Pemeriksaan Gigi PERCUMA oleh Klinik Pergigian Hospital Simunjan. Program ini dirasmikan oleh En. Ahim Gadoh ak Anchi. Cabutan bertuah turut disediakan kepada pengunjung yang datang.

 

GAMBAR DI SINI