LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 3 OKTOBER 2020 |
MASA |
: 8.30 PAGI – 10.30 PAGI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (8 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam Microsoft Office. Mengenali komponen yang terdapat dalam Microsoft Office. Mempelajari cara menukar jenis dan saiz tulisan. Pelajar turut mempelajari cara membuat underline/garisan pada perkataan. Menjadikan peserta mahir dalam menggunakan Microsoft Office Power Point.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan Microsoft Office Power Point. Peserta dipandu cara menggunakan Microsoft Office. Peserta membuat latihan membina slaid yang diberikan dengan menggunakan modul pembelajaran yang telah disediakan oleh petugas PI Gedong. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.