LAPORAN JANUARI

TARIKH

: 12 JANUARI 2021

MASA

: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari tentang Klik Dengan Bijak (Aduan & Maklumat Palsu). Selain itu, meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan internet dan meningkatkan kemahiran berfikir para peserta. Meningkatkan ciri keselamatan pengguna ketika melayari internet. Meningkatkan kesedaran pengguna tentang pentingnya melindungi maklumat peribadi terutamanya ketika menggunakan media sosial. Memastikan maklumat yang diperoleh sahih dari sumber yang betul.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan penerangan tentang KDB (Aduan & Maklumat Palsu). Peserta dipandu cara membezakan mana satu maklumat yang betul ataupun maklumat palsu. Peserta diminta agar lebih berhati-hati ketika menggunakan internet. Sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI