LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 6 NOVEMBER 2020 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (7 ORANG) |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang Dashboard Komuniti (DK) dan menambah pengetahuan para peserta dalam penggunaan Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara membuat pengumuman ke dalam Dashboard Komuniti. Mempelajari cara memasukkan gambar dan video ke dalam My Komuniti. Menarik minat peserta menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang Dashboard My Komuniti serta sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta diarah membuat posting pengumuman ke dalam My Komuniti secara individu. Peserta menggunakan dashboard My Komuniti bagi tujuan berinteraksi bersama ahli PI yang lain sekaligus mempelajari cara membuat iklan dan pemberitahuan penting kepada komuniti.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 4 NOVEMBER 2020 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH MENENGAH (8 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan ICT peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Menarik minat peserta pergi ke PI Kampung Gedong. Menguji minda para peserta dalam menjawab soalan berkenaan matematik. Menambah pengetahuan peserta dalam membuat pengiraan.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan e-pembelajaran iaitu mempelajari asas matematik bagi peserta yang akan menduduki SPM kelak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet secara bijak dan menggunakan internet bagi tujuan pembelajaran. Akhir sekali, kuiz matematik dibuat kepada para peserta secara individu.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 2 NOVEMBER 2020 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (7 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Memperkenalkan laman web Microsoft Word kepada para peserta. Mempelajari cara menggunakan papan kekunci. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Mempelajari cara menukar tulisan, mengubah saiz tulisan, dan membuat alignment.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Office Word. Petugas memberikan penerangan tentang Microsoft Word dan memberi arahan kepada peserta untuk menaip artikel yang telah disediakan. Petugas turut membantu peserta menaip teks mengikut format yang betul dan sesi soal jawab turut berlangsung.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 3 NOVEMBER 2020 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (7 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam Microsoft Office Publisher. Mengenali komponen yang terdapat dalam Microsoft Office Publisher. Mempelajari cara membuat kad jemputan hari jadi menggunakan template publisher. Menambah kemahiran dalam menggunakan template Publisher. Meningkatkan kreativiti para peserta dalam memilih design yang sesuai.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan Microsoft Office Publisher. Peserta juga dipandu cara menggunakan Microsoft Publisher. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan. Peserta diberi arahan membuat kad hari jadi mengikut kreativiti masing-masing, dan memasukkan gambar ke dalam template yang tersedia supaya kad nampak lebih menarik. Menarik minat peserta mengikuti aktiviti di PI Gedong.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 1 NOVEMBER 2020 |
MASA |
: 8.30 PAGI – 10.30 PAGI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH PPKI (4 ORANG) |
Tujuan
Menambah pengetahuan peserta dalam penggunaan komputer terutamanya dalam menggunakan Microsoft Word. Peserta mempelajari cara menggunakan aplikasi Microsoft Word. Mempelajari cara menyimpan gambar dan memasukkan gambar ke dalam rencana teks. Menguji kemahiran peserta menggunakan aplikasi Microsoft Word.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word. Peserta dipandu cara menggunakan aplikasi Microsoft Office dan selepas itu, peserta diajar cara menukar tulisan, saiz tulisan dan cara membuat editing gambar ke dalam teks rencana. Peserta membuat kerja mengikut modul pembelajaran yang disediakan.