LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 6 JANUARI 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Meningkatkan kesedaran Cintai Alam Sekitar dimana para peserta mempelajari melupuskan sisa telefon di tempat yang betul.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Mobile E-Waste. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan berhemah. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 5 JANUARI 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Mempelajari laman web untuk membuat kad tahun baru menggunakan aplikasi Fotojet. Mempelajari cara editing gambar dan mencipta kad tahun baru mengikut kreativiti masing-masing. Meningkatkan pengetahuan asas keusahawanan dan web para peserta. Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang cara membuat kad menggunakan template yang sedia ada. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut berlangsung. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang aplikasi yang digunakan. Akhir sekali, peserta diuji secara individu dalam menghasilkan kad tahun baru yang cantik.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 3 JANUARI 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (6 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan asas penjagaan komputer. Selain itu, para peserta diajar cara mengenali komponen computer, perisian computer dan mengetahui cara penjagaan computer yang betul. Para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer.
Aktiviti
Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Disamping itu, para peserta diajar bagaimana hendak membersihkan virus di dalam komputer dan bagaimana untuk mengelakkan komputer daripada terkena virus. Akhir sekali, peserta diajar cara menjaga kebersihan komputer.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 4 JANUARI 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (8 ORANG) |
Tujuan
Mempelajari laman web untuk membuat kad jemputan menggunakan design 'all invite'. Mempelajari cara editing gambar dan mencipta kad jemputan menggunakan software yang tersedia di laman web tersebut. Meningkatkan pengetahuan asas keusahawanan dan web para peserta. Meningkatkan kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang cara membuat kad jemputan menggunakan template yang sedia ada. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut berlangsung. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang aplikasi yang digunakan. Akhir sekali, peserta diuji secara individu dalam menghasilkan kad jemputan yang menarik.
LAPORAN JANUARI
TARIKH |
: 2 JANUARI 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH RENDAH (6 ORANG) |
Tujuan
Peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer dan komponen serta fungsi yang terdapat pada komputer. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mempromosikan Pusat Internet Kampung Gedong, disamping memberi pendedahan terhadap penggunaan Internet dan perkakasan komputer.
Aktiviti
Sesi perkenalan antara petugas dan peserta dimulakan terlebih dahulu sebelum para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PIK Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PIK pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas perkakasan komputer serta fungsinya untuk memudahkan peserta memahami kegunaan setiap peralatan.