LAPORAN FEBRUARI

TARIKH

: 7 FEBRUARI 2021

MASA

2.30 PETANG – 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari tentang Klik Dengan Bijak (Berita Palsu). Selain itu, meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan internet dan meningkatkan kemahiran berfikir para peserta. Meningkatkan ciri keselamatan pengguna ketika melayari internet. Meningkatkan kesedaran pengguna tentang berita palsu. Memastikan maklumat yang diperoleh sahih dari sumber yang betul.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan penerangan tentang KDB (Berita Palsu). Peserta dipandu cara membezakan mana satu maklumat yang betul ataupun maklumat palsu. Peserta diminta agar lebih berhati-hati ketika menggunakan internet. Sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN FEBRUARI

TARIKH

: 6 FEBRUARI 2021

MASA

: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Memberikan peserta pendedahan menggunakan laman web sebagai medium pembelajaran dan meningkatkan kreativiti peserta melalui aktiviti mewarna digital. Peserta diuji kemahiran mewarna secara online. Menambah pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PIK Kampung Gedong. Meningkatkan kesedaran penggunaan internet para peserta. Mempromosikan PIK Kampung Gedong serta menambah keahlian PIK Gedong sedia ada. 

 

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan Mewarna Digital iaitu www.coloring.pages4u.com. Kelas ini dapat menarik minat para peserta untuk belajar ICT di PI Kampung Gedong. Seterusnya peserta mewarna secara online mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta juga dipandu cara menggunakan laman web mewarna yang sesuai mengikut kategori peserta. Di samping itu, Petugas memberi serba sedikit penerangan kepada peserta bagaimana menggunakan internet secara berhemah.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN FEBRUARI

TARIKH

: 1 FEBRUARI 2021

MASA

: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

 

Tujuan

 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat peserta pergi ke PIK Kampung Gedong.

 

Aktiviti

 

Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Online Grooming. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan perkara yang berfaedah seperti tujuan pembelajaran.  Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan. 

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN FEBRUARI

TARIKH

: 5 FEBRUARI 2021

MASA

: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Memperkenalkan laman web Microsoft Word kepada para peserta. Mempelajari cara menggunakan papan kekunci. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Mempelajari cara menukar tulisan, mengubah saiz tulisan, dan membuat alignment.

 

Aktiviti

Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Office Word. Petugas memberikan penerangan tentang Microsoft Word dan memberi arahan kepada peserta untuk menaip artikel yang telah disediakan. Petugas turut membantu peserta menaip teks mengikut format yang betul dan sesi soal jawab turut berlangsung.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN JANUARI

TARIKH

: 25 JANUARI 2021

MASA

: 9.00 PAGI – 10.00 PAGI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (5 ORANG)

 

Tujuan

Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet. Menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang keselamatan dalam menggunakan internet melalui permainan berkaitan KDB dan kuiz ringkas yang dijalankan oleh petugas. Menjalankan aktiviti lapangan untuk Klik Dengan Bijak seperti yang disyorkan oleh pihak SKMM. Memberi kesedaran kepada pelajar sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak dan keselamatan melayari internet. 

 

Aktiviti

Peserta diperkenalkan dengan Klik Dengan Bijak (KDB). Petugas membantu peserta mengetahui kebaikan dan keburukan sesuatu laman web yang terdapat di internet. Mendedahkan pelajar mengenai hak dan tanggungjawab ketika melayari internet. Memberi tips berkomunikasi di internet dan bagaimana cara melindungi maklumat peribadi supaya tidak terdedah kepada bahaya di luar sana.

 

GAMBAR DI SINI