LAPORAN MAC
TARIKH |
: 19 MAC 2021 |
MASA |
: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang asas laman web dan menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Memperkenalkan Dashboard Komuniti (DK) serta menambah pengetahuan para peserta dalam penggunaan dashboard komuniti. Memperkenalkan Dashboard My Komuniti dan My Soal kepada para peserta. Peserta mempelajari cara membuat aduan dalam My Soal dan membuat pengumuman dalam Dashboard My Komuniti.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang Dashboard My Komuniti dan juga My Soal. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta mempelajari cara membuat aduan atau sebarang cadangan kepada PBT. Peserta dapat berinteraksi dengan komuniti yang lain dengan menggunakan aplikasi Dashboard My Komuniti dan menyuarakan sebarang permasalahan yang terdapat di kampung mereka kepada pihak PBT.
LAPORAN MAC
TARIKH |
: 17 MAC 2021 |
MASA |
: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang laman web untuk pembelajaran dan permainan pendidikan secara atas talian. Peserta mempelajari cara menggunakan laman web crossword puzzle dan diberikan latihan untuk menjawab teka silang kata secara individu. Menguji kemahiran berfikir dan pengetahuan am peserta berdasarkan soalan yang diberikan. Peserta dapat memilih teka silang kata yang mudah sehingga yang paling sukar untuk diselesaikan.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan oleh petugas tentang Teka Silang Kata IT dimana peserta akan diuji minda mereka untuk menyelesaikan masalah dan menyiapkan teka silang kata mengikut masa yang telah ditetapkan. Peserta akan diuji menyelesaikan puzzle mengikut tahap kesukaran masing-masing. Petugas menunjukkan contoh permainan puzzle sebelum peserta bermain permainan crossword puzzle. Sesiapa peserta yang dapat menjawab dengan cepat akan mendapat hadiah. Permainan ini sangat menarik kerana dapat meningkatkan kemahiran berfikir para peserta.
LAPORAN MAC
TARIKH |
: 11 MAC 2021 |
MASA |
: 8.00 PAGI – 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: WARGA EMAS (2 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari asas komputer. Selain itu, para peserta diajar cara mengenali komponen computer, perisian computer, mengetahui cara penjagaan computer yang betul dan menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Para peserta mempelajari cara menggunakan software Microsoft Word dan Dashboard Komuniti. Mempelajari cara membuat jadual, artikel, memasukkan gambar ke dalam slaid, dan banyak lagi.
Aktiviti
Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Disamping itu, para peserta diajar bagaimana cara menggunakan Dashboard Komuniti dan posting pengumuman ke dalam My Komuniti. Peserta mengikuti bengkel yang telah disediakan oleh petugas. Akhir sekali, sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut dijalankan di akhir bengkel.
LAPORAN MAC
TARIKH |
: 13 MAC 2021 |
MASA |
: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang Microsoft Office Excel. Peserta mempelajari cara menggunakan excel, diajar cara membuat table, menukar font, saiz tulisan, mengira jumlah, menukar design table serta menambah table. Pelajar mempelajari cara mengenali cell mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Latihan diberikan menguji kefahaman para peserta dalam sesi pembelajaran excel.
Aktiviti
Para peserta diberikan modul excel sebagai rujukan para peserta untuk mempelajari cara penggunaan excel. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Office Excel. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat jadual dan menambah pengetahuan mereka dalam excel sekaligus menjadi mahir menggunakan aplikasi tersebut. Peserta diminta menjawab soalan yang diberikan petugas secara individu.
LAPORAN MAC
TARIKH |
: 15 MAC 2021 |
MASA |
: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG) |
Tujuan
Peserta diperkenalkan dengan Klik dengan Bijak dimana peserta dapat mempelajari tentang keselamatan penggunaan internet serta cara menggunakan internet secara bijak. Peserta juga mempelajari tentang peranan ibu bapa dalam mengawasi anak menggunakan internet dan gajet. Penyalahgunaan internet banyak mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, ibu bapa bertanggungjawab memantau anak-anak ketika mereka melayari internet.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang kepentingan mempelajari Klik Dengan Bijak. Tambahan pula, ia adalah inisiatif SKMM dalam melahirkan kalangan masyarakat yang bijak IT dan boleh membezakan kebaikan dan keburukan penggunaan internet pada masa kini. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara melayari laman web yang betul seperti Klik Dengan Bijak dan menonton video KDB di aplikasi youtube.