LAPORAN MAC

TARIKH

: 12 MAC 2021

MASA

: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Menambah pengetahuan peserta tentang asas komputer serta mengetahui fungsi komputer. Memperkenalkan laman web pembelajaran kepada para peserta serta meningkatkan kemahiran mewarna para peserta. Memperkenalkan laman web mewarna secara atas talian. Pelajar mengetahui cara mewarna poster menggunakan laman web coloringpages4u.com. Peserta diuji kemahiran mewarna secara individu.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang laman web dimana peserta boleh menggunakan internet untuk aktiviti yang berfaedah seperti mewarna secara atas talian. Para peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan aplikasi mewarna. Peserta dipandu cara mewarna serta mewarna mengikut masa yang ditetapkan oleh petugas. Sesi soal jawab selepas habis kelas berlangsung.

 

GAMBAR DI SINI 


 

 

TARIKH

: 10 MAC 2021

MASA

: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang Microsoft Office Power Point. Peserta mempelajari cara membuat slaid menggunakan Microsoft Office Power Point. Peserta mempelajari cara membuat slaid dengan menggunakan design yang menarik dan mengikut reativiti para peserta masing-masing. Peserta mempelajari cara memasukkan gambar ke dalam slaid, menukar tulisan, insert table, menyimpan fail dan banyak lagi.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Office Power Point. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat slaid bagi mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam penguasaan Microsoft Office Power Point. Peserta dapat membina slaid yang menarik dan kreatif.

 

GAMBAR DI SINI 


 

 

LAPORAN MAC

TARIKH

: 8 MAC 2021

MASA

: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

 

Tujuan 

 

Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar tahap ICT yang telah mereka pelajari. Meningkatkan kefahaman dalam Microsoft Office Word. Mempromosikan aktiviti di PIK yang bakal diadakan kepada peserta. Memberi galakan kepada peserta dan memupuk minat belajar dalam diri peserta. Peserta boleh menghasilkan carta organisasi yang menarik. Peserta dipandu cara untuk menggunakan Microsoft Word bagi menghasilkan carta organisasi yang menarik. 

 

Aktiviti

Peserta membuka Microsoft Word dan petugas mengarahkan peserta membina rajah menerusi arahan Insert(SmartArt) dan memilih Hierarchy(Organization Chart). Rajah carta organisasi akan dipaparkan. Peserta boleh menambah kotak-kotak organisasi menggunakan Insert Shape, SmartArt Styles, dan menukar warna kotak tersebut(Change Colors). Peserta juga menukar font menggunakan Word Art bagi tajuk utama supaya nampak lebih cantik. 

 

GAMBAR DI SINI 


 

LAPORAN MAC

TARIKH

: 9 MAC 2021

MASA

: 10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Mempelajari tentang Microsoft Office Excel. Peserta mempelajari cara menggunakan excel, diajar cara membuat table, menukar font, saiz tulisan, mengira jumlah, menukar design table  serta menambah table. Pelajar mempelajari cara mengenali cell mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Latihan diberikan menguji kefahaman para peserta dalam sesi pembelajaran excel.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Office Excel. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat jadual dan menambah pengetahuan mereka dalam excel sekaligus menjadi mahir menggunakan aplikasi tersebut.

 

GAMBAR DI SINI 


 

 

LAPORAN MAC

TARIKH

: 7 MAC 2021

MASA

: 2.30 PETANG – 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari tentang Klik Dengan Bijak (Scam). Selain itu, meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan internet. Meningkatkan ciri keselamatan pengguna ketika melayari internet. Meningkatkan kesedaran pengguna tentang pentingnya memeriksa latar belakang penjual sebelum membeli sesuatu produk dan berwaspada ketika membeli barangan secara atas talian.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di Pusat Internet pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan penerangan tentang KDB (Scam). Peserta dipandu cara membezakan mana satu produk original atau tiruan. Peserta diminta agar lebih berhati-hati ketika membeli barangan di internet kerana banyak penipuan berlaku "Scammer". Sesi soal jawab antara peserta dan petugas turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI