LAPORAN MEI

 

TARIKH

: 2 MEI 2021

MASA

: 2.30 – 4.30 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (8 ORANG)

 

 

Tujuan

 

Memberi pendedahan tentang asas laman web dan menggunakan web sebagai sumber pembelajaran. Memperkenalkan Dashboard Komuniti (DK) serta menambah pengetahuan para peserta dalam penggunaan dashboard komuniti. Meningkatkan penguasaan dalam penggunaan dashboard my komuniti dan my soal. Ia sekaligus dapat menarik minat para peserta menggunakan aplikasi Pusat Internet yang sedia ada dan mahir menggunakan dashboard.

 

 

Aktiviti

 

Petugas memberi penerangan tentang Dashboard My Komuniti dan juga My Soal. Sesi soal jawab di antara peserta dan petugas juga turut diadakan. Peserta mempelajari cara membuat aduan atau sebarang cadangan kepada PBT. Selain itu, petugas diajar cara menyimpan dan memasukkan gambar atau video ke dalam dashboard my komuniti. Di samping itu, peserta boleh mengemukakan sebarang idea atau pendapat tentang isu semasa yang berlaku di kampung.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN APRIL

TARIKH

: 18 APRIL 2021

MASA

: 9.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dalam Keusahawanan dan Microsoft Office Publisher. Peserta mempelajari cara membuat kad hari raya dengan menggunakan template design yang sedia ada di dalam publisher. Peserta mempelajari cara mengubah tulisan serta memasukkan imej ke dalam kad tersebut. Meningkatkan pengetahuan multimedia dalam memasukkan imej dari google. Menarik minat peserta untuk mengikuti aktiviti dan kelas yang dianjurkan PIK Kampung Gedong.

 

Aktiviti

Petugas memulakan kelas dengan sesi penerangan kepada peserta berkenaan asas keusahawanan serta cara-cara menjadi usahawan yang berjaya. Seterusnya, petugas menyediakan slaid pembentangan berkenaan Modul Microsoft Office Publisher. Peserta melihat cara penggunaan publisher langkah demi langkah sebelum membuat kad. Petugas mengajar peserta membuat kad hari raya menggunakan template design yang sedia ada bagi memudahkan para peserta.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 12 APRIL 2021

MASA

: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Mempelajari tentang laman web untuk pembelajaran dan permainan pendidikan secara atas talian. Peserta mempelajari cara menggunakan laman web crossword puzzle dan diberikan latihan untuk menjawab teka silang kata secara individu. Menguji kemahiran berfikir dan pengetahuan am peserta berdasarkan soalan yang diberikan. Peserta dapat memilih teka silang kata yang mudah sehingga yang paling sukar untuk diselesaikan.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan oleh petugas tentang Teka Silang Kata IT dimana peserta akan diuji minda mereka untuk menyelesaikan masalah dan menyiapkan teka silang kata mengikut masa yang telah ditetapkan. Petugas menunjukkan contoh permainan puzzle sebelum peserta bermain permainan crossword puzzle. Sesiapa peserta yang dapat menjawab dengan cepat akan mendapat hadiah. Permainan ini sangat menarik kerana dapat meningkatkan kemahiran berfikir para peserta.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

TARIKH

: 13 APRIL 2021

MASA

: 2.00 PETANG – 4.00 PETANG

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan pengetahuan ICT para peserta dengan mengikuti permainan pendidikan. Mempelajari tentang laman web untuk pembelajaran dan permainan pendidikan secara atas talian. Peserta mempelajari cara menggunakan laman web crossword puzzle dan diberikan latihan untuk menjawab teka silang kata secara individu. Menguji kemahiran berfikir dan pengetahuan am peserta berdasarkan soalan yang diberikan. 

 

Aktiviti

Para peserta akan diuji minda mereka untuk menyelesaikan masalah dan menyiapkan teka silang kata mengikut masa yang telah ditetapkan. Petugas menunjukkan contoh permainan puzzle sebelum peserta bermain permainan crossword puzzle. Sesiapa peserta yang dapat menjawab dengan cepat akan mendapat hadiah. Permainan ini sangat menarik kerana dapat meningkatkan kemahiran berfikir para peserta.

 

GAMBAR DI SINI


 

 

LAPORAN APRIL

TARIKH

: 11 APRIL 2021

MASA

: 9.00 PAGI – 11.00 PAGI

LOKASI

: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG

PESERTA

: PELAJAR SEKOLAH (10 ORANG)

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara menghantar aduan ataupun sebarang cadangan kepada pihak PBT. Peserta diperkenalkan dengan Modul My Soal dengan lebih terperinci lagi berdasarkan panduan slaid pembentangan yang disediakan oleh petugas PIK Kampung Gedong supaya mereka lebih cepat faham.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PIK Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PIK pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Dashboard Komuniti kepada peserta. Selain itu, peserta mendengar penerangan daripada petugas tentang Modul My Soal dan sesi soal jawab di antara peserta dan petugas turut dijalankan.

 

GAMBAR DI SINI