TARIKH |
: 17 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH (12 ORANG) |
Tujuan
Menguji kemahiran mewarna para peserta sekaligus menarik minat para peserta mengikuti aktiviti yang dianjurkan di PI Gedong. Selain itu, menambah pengetahuan peserta dalam pendidikan.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan laman web coloring. Petugas memberi galakan kepada peserta untuk bermain permainan yang berkaitan dengan pendidikan seperti mewarna online.
LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 15 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: SURAU KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: TERBUKA (32 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan ICT peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Menarik minat peserta pergi ke PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet secara bijak. Akhir sekali, kuiz KDB dibuat kepada para peserta yang mengikuti program tersebut.
LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 10 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH (10 ORANG) |
Tujuan
Menguji pengetahuan am para peserta serta ketangkasan peserta menjawab soalan yang diberikan mengikut masa yang diberikan contohnya menjawab satu soalan dalam masa 10 saat sahaja. Peserta yang paling cepat menjawab dengan betul akan mendapat tempat pertama.
Aktiviti
Petugas menyediakan soalan kuiz kahoot secara online kepada peserta yang mengikuti kelas. Peserta diminta membuka laman web kahoot. Seterusnya, petugas akan memberikan number code untuk para peserta akses soalan kahoot. Peserta memulakan kuiz apabila semua sudah log masuk.
LAPORAN DISEMBER
TARIKH |
: 12 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH (10 ORANG) |
Tujuan
Permainan pendidikan yang menguji kemahiran berfikir peserta sekaligus menguji bagaimana peserta dapat menyelesaikan permainan puzzle secara online dengan cepat.
Aktiviti
Para peserta dipandu cara bermain permainan pendidikan jigsaw puzzle online oleh Petugas PI Gedong. Aktiviti ini dapat menarik minat peserta untuk berkunjung ke PI Gedong.
TARIKH |
: 5 DISEMBER 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: DEWASA (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari multimedia dimana para peserta mempelajari cara mengambil gambar menggunakan camera pc. Gambar yang diambil kemudiannya, dimasukkan ke dalam folder. Seterusnya, peserta mempelajari cara memasukkan gambar ke dalam carta organisasi. Peserta belajar cara mengedit gambar mengikut saiz yang sesuai.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan cara menggunakan komputer. Peserta mengikut arahan petugas mengambil gambar terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam carta organisasi yang telah dibuat. Peserta mengikut langkah demi langkah cara memasukkan gambar dan membuat suntingan gambar tersebut. Peserta belajar crop, resize dan edit warna gambar supaya tampak lebih menarik dan contrast.