LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 6 NOVEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: TABIKA (10 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ICT para peserta menaip pantas secara online menggunakan software yang sedia ada. Para peserta mempelajari cara menaip teks mengikut arahan yang diberikan. Peserta perlu menaip teks dengan pantas mengikut masa yang disediakan. Meningkatkan daya kreativiti dan meningkatkan kemahiran menaip peserta.
Aktiviti
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian komputer, dipandu cara menaip online menggunakan link menaip pantas online yang telah disediakan oleh Petugas PI Gedong. Para peserta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta memulakan aktiviti menaip secara individu. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
TARIKH |
: 5 NOVEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PPKI/OKU SEK RENDAH (10 ORANG) |
Tujuan
Mempromosikan Pusat Internet Kampung Gedong, Menambah pengetahuan ICT peserta dalam mengenali perkakasan computer serta asas penjagaan komputer. Menambah ahli PI serta mempromosikan program dan aktiviti yang akan diadakan di PI pada masa akan datang. Menambah pengetahuan dalam penggunaan Microsoft Office Word. Meningkatkan kemahiran menaip para peserta.
Aktiviti
Petugas memulakan kelas dengan sesi pengenalan Pusat Internet serta menyatakan perkhidmatan serta kemudahan yang terdapat di Pusat Internet. Mereka diajar mengenali computer dan komponen yang terdapat dalam computer. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta. Pengenalan Microsoft Office Word dan latihan menaip kepada para peserta.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 3 NOVEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA/DEWASA (7 0RANG) |
Tujuan
Mempromosikan PI Kampung Gedong serta menambah keahlian PI Kampung Gedong sedia ada. Menarik minat para belia mengikuti kelas yang dianjurkan di PI Kampung Gedong. Menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta membuat resume mengikut format yang betul. Mengajar peserta menggunakan Microsoft office serta mengetahui fungsinya.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta cara menggunakan Microsoft Office Word mengikut langkah-langkah yang diberikan. Petugas menyediakan modul pembelajaran kepada para peserta sebagai rujukan untuk membuat latihan. Seterusnya, petugas akan memberi arahan dan memberi penerangan cara menggunakan Microsoft Office Word. Peserta membuat Resume mengikut buku modul pembelajaran yang diberi. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 4 NOVEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA/DEWASA (7 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas multimedia dan mempelajari cara membuat suntingan imej produk. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu imej produk yang menarik.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan software kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta membuat suntingan imej produk. Selain itu, peserta mempelajari asas multimedia.
LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 2 NOVEMBER 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: PELAJAR SEK RENDAH (8 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas pembangunan laman web dan diperkenalkan dengan permainan pendidikan yang menguji kemahiran berfikir dan ketangkasan para peserta dalam menyelesaikan puzzle. Melatih peserta menyelesaikan permainan puzzle secara online dengan cepat.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan website pembelajaran kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara bermain permainan pendidikan jigsaw puzzle online oleh Petugas PI Gedong.