LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 9 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: BELIA/DEWASA (8 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT para peserta terutamanya dalam Microsoft Office Word. Mengenali komponen yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Mempelajari cara menukar jenis dan saiz tulisan. Pelajar turut mempelajari cara membuat underline/garisan pada perkataan. Menjadikan peserta mahir dalam menggunakan Microsoft Office Word.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan Microsoft Office Word. Peserta dipandu cara menggunakan Microsoft Word. Peserta membuat latihan yang diberikan dengan menggunakan modul pembelajaran yang telah disediakan oleh petugas PI Gedong. Petugas memberi tunjuk ajar kepada para peserta. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 8 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: WANITA (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan dan mempelajari cara membuat suntingan imej produk. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran berfikir para peserta dalam menghasilkan sesuatu imej produk yang menarik.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan software kepada peserta sebagai rujukan untuk peserta membuat suntingan imej produk. Selain itu, peserta mempelajari asas multimedia.
TARIKH |
: 6 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEKOLAH MENENGAH (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan serta diberi penerangan tentang cara menjadi usahawan yang berjaya. Selain itu, petugas memperkenalkan media sosial yang dapat dijadikan sebagai medium perniagaan untuk menjana pendapatan. Peserta diperkenalkan dengan Facebook, Whatsapp, Instagram dan juga shopee. Untuk memulakan sesuatu perniagaan, petugas memberi panduan kepada petugas bagaimana membuat rancangan perniagaan.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan asas media baru kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara membuka komputer dan mendengar penerangan daripada petugas tentang asas keusahawanan. Peserta mendengar dengan teliti tentang taklimat keusahawanan yang disediakan oleh petugas. Sesi soal jawab turut diadakan di antara peserta dan petugas PI Gedong.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 7 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: WANITA (10 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan serta diperkenalkan laman web sosial iaitu Facebook. Peserta mempelajari cara menggunakan facebook sebagai medium untuk menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan lebih meluas. Perniagaan juga menjadi semakin maju dan banyak pelanggan baru yang menempah secara atas talian.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan asas media baru kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara membuka akaun Facebook oleh Petugas PI Gedong. Peserta mempelajari cara mempromosi produk di Facebook dan penjualan produk melalui Facebook.
TARIKH |
: 5 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG- 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH/SEK MENENGAH (20 ORANG) |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya lebih berhati-hati ketika melayari internet. Menasihati para peserta supaya jangan menjadi pembuli dan mangsa buli siber. Memberi penerangan lebih terperinci kepada peserta tentang bahaya gejala buli dan kesannya kepada mangsa buli dan pembuli.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Terokai Dunia ICT. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet secara bijak dan berhemah. Peserta mempelajari tentang cara menjadi seorang yang berdisiplin dan menghormati rakan yang lain seperti menjauhi gejala buli tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.