LAPORAN NOVEMBER
TARIKH |
: 1 NOVEMBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: TABIKA (10 ORANG) |
Tujuan
Memberikan peserta pendedahan menggunakan laman web sebagai medium pembelajaran dan meningkatkan kreativiti peserta melalui aktiviti mewarna digital. Peserta diuji kemahiran mewarna secara online. Menambah pengetahuan ICT para peserta. Menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas di PI Kampung Gedong. Meningkatkan kesedaran penggunaan internet para peserta. Mempromosikan PI Kampung Gedong serta menambah keahlian PI Gedong sedia ada.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan Mewarna Digital iaitu www.coloring.pages4u.com. Kelas ini dapat menarik minat para peserta untuk belajar ICT di PI Kampung Gedong. Seterusnya peserta mewarna secara online mengikut arahan yang diberikan oleh petugas. Peserta juga dipandu cara menggunakan laman web mewarna yang sesuai mengikut kategori mereka yang masih lagi tabika. Di samping itu, Petugas memberi serba sedikit penerangan kepada peserta bagaimana menggunakan internet secara berhemah.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 22 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (15 ORANG) |
Tujuan
Melatih golongan peserta menggunakan laman dashboard komuniti dan memberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk secara atas talian dengan menggunakan My Shop. Menambah kemahiran peserta dalam perniagaan. Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kampung Gedong.
Aktiviti
Peserta diajar cara menggunakan laman dashboard komuniti (My Shop) agar mereka tahu aktiviti yang akan dijalankan di PI. Setelah mahir menggunakan laman dashboard komuniti peserta diberi pendedahan bagaimana untuk mempromosikan produk perniagaan di atas talian terutama di media sosial. Selain itu, dapat memberi kesedaran keselamatan kepada pengguna internet serta menggunakan internet dengan perkara berfaedah.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 20 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (13 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas Multimedia dan diperkenalkan dengan video editor. Meningkatkan pengetahuan peserta dalam pembikinan video. Peserta mempelajari cara memasukkan gambar dan audio ke dalam video serta visual yang sesuai untk video tersebut.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Multimedia kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara membuat video oleh Petugas PI Gedong.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 21 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEK RENDAH & SEK MENENGAH (11 ORANG) |
Tujuan
Melatih peserta kemahiran asas komputer, menambah pengetahuan asas ICT para peserta dalam menggunakan komputer sebagai medium pembelajaran. Di samping itu, aktiviti dashboard komuniti menarik minat peserta dalam menggunakan aplikasi dashboard (My Komuniti). Melatih peserta menjadi mahir menggunakan dashboard komuniti.
Aktiviti
Peserta mengikuti kelas dashboard komuniti, peserta mempelajari cara membuat pengumuman dalam dashboard komuniti (My Komuniti) serta mengetahui fungsinya. Peserta menjadi semakin mahir dalam membuat pengumuman serta boleh memuat naik video ke dalam dashboard My Komuniti. My Komuniti juga sebagai medium peserta berkongsi maklumat pendidikan.
LAPORAN OKTOBER
TARIKH |
: 19 OKTOBER 2019 |
MASA |
: 2.00 PETANG - 5 PETANG |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET KAMPUNG GEDONG |
PESERTA |
: SEKOLAH MENENGAH (9 ORANG) |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas komputer iaitu pengenalan multimedia. Meningkatkan daya kreativiti para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran para peserta dalam Multimedia dimana para peserta dpandu cara menggunakan Paint 3D. Peserta mempelajari cara menggunakan software tersebut mengikut panduan yang disediakan oleh Petugas PI Gedong.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Gedong dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Multimedia kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari cara menggunakan Paint 3D dan bagaimana menghasilkan lukisan dan visual yang menarik. Peserta menjadi minat mengikuti kelas yang dianjurkan di PI Kampung Gedong.